4 Tarikan Menarik Di Sekitar Bukit Bintang

Sumber: Sevenpie

Sebagai bandar terbaik dunia dalam kategori ekspatriat untuk tahun 2018, Kuala Lumpur menyajikan pelbagai fasiliti sebagai daya tarikan pusat pelancongan. Salah satu tempat yang sering dilawati pelancong terutama pelancong asing ialah Bukit Bintang kerana anda boleh dapat apa sahaja seperti makanan atau barangan dari yang berjenama global dan tempatan.

Bukit Bintang juga antara lokasi menghidupkan suasana malam kota raya Kuala Lumpur. Jika anda ingin merasai suasana nightlife, Bukit Bintang adalah lokasi terbaik lebih-lebih lagi untuk mereka yang meminati seni fotografi jalanan.

Antara tarikan yang ada di Bukit Bintang,

Gerai Makan Jalan Alor

tarikan menarik bukit bintang
Sumber: Kuaby

Di sinilah syurga makanan jika berada di sekitar Bukit Bintang kerana pelbagai restoran tempatan mahupun luar negara terdapat di sepanjang Jalan Alor. Usah risau, di sini juga ada beberapa gerai yang jual makanan halal!

Di sekitar Jalan Alor juga terdapat tarikan baharu untuk golongan insta-worthy, Jalan Alor Street Art. Kalau berada di Bukit Bintang, jangan lupa ke sini, hanya 5 minit perjalanan dari MRT Bukit Bintang.

tarikan menarik bukit bintang
Sumber: Thepartyingtraveler

Pusat Membeli-Belah Bukit Bintang

tarikan menarik bukit bintang
Sumber: Kuala Lumpur

Jika Singapura ada Jalan Orchard sebagai syurga membeli-belah, Kuala Lumpur pula memiliki Bukit Bintang yang dikatakan kawasan membeli-belah paling trendy di Malaysia.

Antaranya Low Yat Plaza iaitu pusat barangan IT terbesar di Malaysia, Pavilion Kuala Lumpur, Lot 10, ISETAN Kuala Lumpur, Fahrenheit 88, Sephora KL dan banyak lagi yang pastinya membuatkan pengunjung rambang mata berada di sini.

Ada pusat membeli-belah sahajakah? Tidak, Bukit Bintang juga memiliki beberapa lokasi tarikan pelancongan antaranya:

Jalan Petaling (Chinatown)

tarikan menarik bukit bintang
Sumber: Globaltrekkers

Di sini pelbagai barangan dan makanan di jual kebanyakannya oleh peniaga Cina dan menjadi destinasi tumpuan para pelancong asing apabila melancong di Kuala Lumpur.

Taman Eko Rimba Bukit Nanas

tarikan menarik bukit bintang
Sumber: Catatan Kembara Dunia

Di tengah-tengah hutan konkrit Kuala Lumpur, terdapat satu kawasan yang dijadikan sebagai Hutan Simpan Kekal seluas 9.3 hektar. Tarikannya di sini terdapat titian silara (canopy walk) sepanjang 200 meter dan taman ini juga berdekatan dengan Menara Kuala Lumpur.

Semua tarikan yang disenaraikan ini mestilah tidak sempat untuk diterokai dalam satu hari kan? Jadi anda boleh menginap semalaman atau beberapa hari mengikut pilihan anda di Hotel Travelodge Bukit Bintang.

tarikan menarik bukit bintang
Sumber: Booking.com

Lokasinya yang strategik di Jalan Alor, memberikan kemudahan kepada pelanggan yang menginap di hotel ini. Hotel Travelodge menawarkan beberapa pakej bilik seperti Superior Rooms, Superior Rooms with Balcony, Deluxe Rooms dan Family Rooms.

Hotel ini juga menyediakan beberapa fasiliti untuk penginap seperti Wi-Fi percuma, dobi layan diri, parkir dan pusat kecergasan. Di sekitar hotel ini, anda mudah untuk menggunakan pengangkutan awam untuk akses ke destinasi lain seperti MRT, Monorail dan LRT.

tarikan menarik bukit bintang
Sumber: KLIA2

Untuk maklumat lanjut mengenai penginapan di hotel ini, boleh layari di sini.