5 Aktiviti Sukarelawan Sambil Berlibur Di Malaysia Yang Patut Anda Cuba

sukarelawan sambil berlibur
Sumber: Diveplantit

Kebiasaannya aktiviti melancong hanya untuk merehatkan minda daripada aktiviti seharian, tetapi tahukah anda juga boleh adakan percutian sambil menyertai aktiviti sukarelawan? Bukan sahaja dapat tenangkan fikiran dengan bercuti malah anda akan mendapat banyak manfaat daripada percutian biasa.

Manfaatnya, anda mendapat pengalaman yang berbeza yang tidak dapat dilupakan dalam kehidupan. Selepas bercuti, anda akan dapat rasakan perspektif berbeza tentang percutian dan teruja ingin lakukan aktiviti bercuti sambil menjadi sukarelawan.

Berikut merupakan antara beberapa projek sukarelawan yang ada di sekitar Malaysia pastinya menarik jiwa anda untuk mencuba sekali seumur hidup.

1. Program Sukarelawan Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo, Sabah

sukarelawan sambil berlibur
Sumber: BSBCC
sukarelawan sambil berlibur
Sumber: Toddycats

Program ini bertujuan membantu memulihara habitat beruang matahari akibat daripada aktiviti penebangan hutan, perdagangan hidupan liar dan pemburuan hidupan liar secara haram. Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo (BSBCC) ditubuhkan untuk melindungi beruang matahari yang diselamatkan dan mempromosikan pemuliharaan mereka.

Dalam program ini, anda dapat bekerjasama dengan ahli biologi dan penyelidik di sana dengan memberi makan dan membersihkan kandang, membantu beruang menyesuaikan diri dengan habitat semula jadi dan memperbaiki kandang mereka.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai projek, boleh pergi ke pautan ini.

Lokasi: The Bornean Sun Bear Conservation Centre (BSBCC), Sepilok, Sabah

2. Juara Turtle Project, Pahang

sukarelawan sambil berlibur
Sumber: Juara Turtle Project
sukarelawan sambil berlibur
Sumber: Juara Turtle Project

Merupakan program sukarelawan terbuka dengan penduduk Juara yang membimbing cara-cara pemuliharaan penyu di sana. Aktiviti ini anda akan memindahkan telur-telur penyu sehingga menetas. Apabila sudah menetas, anak-anak penyu itu kemudiannya akan dibebaskan kembali semula ke laut.

Melalui projek ini, anda akan meronda di sekitar pantai untuk mencari kawasan penyu bertelur, mengumpul data serta merasai pengalaman kehidupan penduduk di sana. Ketika waktu lapang, para sukarelawan dapat menikmati pelbagai aktiviti percutian biasa seperti snorkeling, berkayak, mendaki, berbasikal dan banyak lagi yang mengujakan anda.

Jika berminat, anda boleh melihat maklumat lanjut tentang projek ini, di sini.

Lokasi: Kampong Juara, Puala Tioman, Pahang

3. Orang Utan and Pygmy Elephant Conservation Project, Sabah

sukarelawan sambil berlibur
Sumber: OrangUtan Project

Projek yang dikendalikan oleh Animal Project & Environmental Educatioan Sdn Bhd (APE) memfokuskan kehidupan yang berterusan untuk kehidupan flora dan fauna di kawasan Perlindungan Hidupan Liar Kinabatangan bersama penduduk di sana.

Anda boleh mengambil bahagian dalam aktiviti pemantauan hidupan liar dan mengumpul data populasi hutan di sepanjang sungai Kinabatangan serta dapat memainkan peranan besar dalam pemuliharaan habitat.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai projek APE, boleh tekan di pautan ini.

Lokasi: Kampung Orang Sungai, Borneo, Sabah.

4. Rainforest Community & Conservation Adventure Project, Perak

sukarelawan sambil berlibur
Sumber: Medium.com

Projek ini memberi anda untuk menilai kehidupan liar yang mendiami kawasan hutan di Ipoh dan mengetahui tahap pemburuan haram yang berlaku. Anda juga dapat membantu mengumpulkan kamera perangkap yang ditempatkan di dalam hutan serta mengambil bahagian mengajar kanak-kanak orang Asli Temiar dalam bahasa Inggeris.

Para sukarelawan akan tinggal di Kem FE di Kampung Tonggang yang mana sukarelawan dapat mengenali lebih dekat dengan orang Asli Temiar. Anda juga dapat mempelajari adat dan budaya kaum Temiar lebih-lebih lagi mengenai suasana kehidupan di dalam hutan.

Boleh ke pautan ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang projek ini.

Lokasi: Kem FE dan Pusat Komuniti di Kampung Tonggang di kaki Gunung Korbu, Perak.

5. Borneo Coral Reef Conservation Project, Sabah

sukarelawan sambil berlibur
Sumber: Clean Malaysia

Tropical Research and Conservaion Centre (TRACC) ialah satu organisasi yang berfungsi menjalankan ekspedisi sekitar Pulau Pom Pom dalam usaha membantu pemuliharaan terumbu karang. Projek ini bertujuan untuk melindungi terumbu untuk membantu menyokong populasi ikan jerung.

Anda dapat membantu memulihara dan menanam terumbu karang, meronda pulau dan memantau telur penyu untuk dipindahkan ke pusat jagaan sementara supaya tidak dibawa ke pasar Semporna. Sukarelawan juga dapat membantu mengajar bahasa Inggeris kepada kanak-kanak luar bandar di sekitar kawasan yang berdekatan.

Kepada pencinta laut, ini adalah projek menarik untuk anda. Sekiranya tidak mempunyai lesen menyelam, anda boleh mengikuti kursus menyelam dari PADI di pulau ini.

Lokasi: Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah

Jika berminat, anda boleh melihat maklumat lanjut tentang projek di sini.

Menyertai aktiviti sukarelawan ini tidaklah dapat mengubah terus dunia tetapi anda boleh memberi inspirasi kepada diri untuk menjadi lebih proaktif dalam aktiviti sukarelawan dan luar dari kebiasaan aktiviti harian anda. Sekurang-kurangnya, ia dapat memberi impak kepada anda untuk menghargai alam sekitar dengan sedikit kebaikan yang anda lakukan bersama dengan mereka yang berusaha mempertahankan alam sekitar.

Jom jadi sukarelawan!

Sumber: The Smart Local