5 Jenis ‘Scam’ Popular Yang Akan Anda Temui Ketika Melancong Di Prague

Merupakan bandar terbesar di Republik Czech, Prague pada awalnya kurang dikenali keran tenggelam dengan bandar-bandar yang lebih gah dan popular.

Namun seiring dengan peredaran masa, Prague semakin dikenali dan menarik pelancong dunia kerana keindahan bandar serta pemandangannya yang memukau.

Scam Di Prague 7

Namun begitu, keindahan bandarnya tidak menjamin keselamatan anda di sana, terutamanya apabila berdepan dengan sindiket penipuan licik.

Ini lima jenis ‘scam’ yang boleh anda temui semasa di Prague.

1. Peminta sedekah OKU

Jika di Malaysia, kelibat peminta sedekah yang meminta derma di kawasan awam merupakan pemandangan biasa yang sering kita lihat, ini tidak jauh bezanya dengan apa yang berlaku di Prague.

Seorang peminta sedekah wanita didapati telah berpura-pura sebagai orang kurang upaya atau OKU. Helahnya terbuka apabila penipuannya dirakan oleh kamera litar tertutup awam.

Scam Di Prague 2

2. Aktiviti atas nama kebajikan

Di tengah kawasan bandar, ada satu aktiviti iaitu ‘bergayut’ pada bar besi dalam tempoh masa tertentu dan jika anda berjaya wang yang anda pertaruhkan di awal permainan boleh anda menangi dengan kadar lima kali ganda!

Tapi tahukah anda, ianya memang dirancang daripada awal agar tiada yang akan berjaya?

Setiap kali seorang peserta yang mengambil bahagian tidak berjaya, lelaki yang mengacarakan majlis tersebut akan berpura-pura membersihkan bar berkenaan, sedang hakikatnya beliau sedang ‘melonggarkan’ nat yang memegang besi berkenaan agar menyukarkan peserta yang bergayut pada ber berkenaan.

Scam Di Prague 6

3. Tiada wang isi minyak

Di Malaysia, taktik ini sudah menular, namun ianya masih tidak popular. Sama seperti di Prague, mereka akan memberikan alasan sama ada dompet mereka tercicir atau hilang dan meminta sejumlah wang demi untuk mengisi tangki minyak.

Bagi meyakinkan mangsa, mereka akan sertakan sekali kad perniagaan dan ‘cincin emas’ sebagai tukaran. Kebanyakan daripada pemangsa memberitahu merupakan hartawan kaya yang berasal daripada Timur Tengah seperti Dubai.

Scam Di Prague 5

4. Gambar secara paksa

Jika ada yang menawarkan burung kepada anda atau secara tiba-tiba meletakkan haiwan di tangan atau bahu anda untuk dirakamkan  dalam bentuk gambar, sila jangan percaya ianya adalah percuma.

Menggunakan taktik ramah mesra, mereka akan menyuruh anda (dalam keadaan sedikit memaksa) dan kemudiannya memeras anda dengan agresif sejumlah wang yang tidak masuk akal sebagai yuran ‘meminjamkan’ burung tersebut untuk rakaman kenangan.

Scam Di Prague 4

5. Penukaran duit kecil

Taktik yang sama juga berlaku di Malaysia. Selepas anda mengeluarkan wang dari mesin ATM, akan ada individu yang dengan ramahnya bertanyakan sama ada anda mahu menukarkan wang anda kepada nilai yang lebih kecil.

Daripada memberi anda tukaran wang kecil Czech, mereka akan menyerahkan wang Belarusian ruble yang sudah tamat tempoh dan tidak bernilai.

Scam Di Prague 3

Jika anda ada kenalan atau keluarga yang akan ke sana, sebaiknya ingatkan mereka ini mengenai lima penipuan biasa di sana agar dapat melindungi diri daripada perkara-perkara yang tidak diingini.

Sumber: LAD Bible