5 Lokasi Pelancongan Menarik Di Cordoba Untuk Kanda Dinda

lokasi pelancongan Cordoba
Sumber: Get Your Guide

Menawarkan sejarah yang pelbagai dan menarik, Cordoba merupakan antara destinasi pelancongan paling popular di Sepanyol. Pemandangan kota besar di selatan Sepanyol ini nyata berbeza dengan mana-mana kota Eropah yang lain terutama dari segi pembinaan bangunannya.

Bandar yang pernah menjadi lokasi perkembangan syiar Islam suatu ketika dahulu, kebanyakan binaan di bumi Andalusia ini kaya dengan ukiran halus dan indah oleh bangsa Moorish iaitu keturunan Sepanyol yang beragama Islam. Ketika inilah zaman kegemilangan Islam yang dikenali sebagai Golden Age of Andalus menyaksikan perkembangan ilmu sains, perubatan, seni bina dan budaya yang masih boleh dilihat menerusi tinggalan binaan dan ciptaan yang kini berkembang menjadi peralatan moden terutama dalam bidang pembuatan dan pertanian.

Bagi pencinta sejarah dan pencinta seni bina bangunan, menjadikan Cordoba sebagai bucket list adalah pilihan terbaik kerana dapat mengenali dengan lebih dekat tentang sejarah kegemilangan dan kejatuhan Islam serta meneliti seni ukiran setiap bangunan bersejarah ini.

1. Masjid Cordoba

lokasi pelancongan Cordoba
Sumber: Kubah Masjid

Terletak di tengah-tengah kota Cordoba, masjid yang tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada asalnya merupakan gereja kecil dan dibeli oleh pemerintah Islam.

Kemudian dibina semula sebagai masjid dengan kehalusan seni bina Islam yang indah. Namun, ketika kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol sekitar tahun 1230-an, sebahagian binaan masjid itu ditukar menjadi gereja. Kini, masjid ini hanya dibuka untuk menjadi tatapan pengunjung sahaja.

Bukan itu sahaja, pengaruh seni bina Islam juga dapat dilihat di binaan kedai sekitar kawasan tersebut.

2. Muzium Cordoba

lokasi pelancongan Cordoba
Sumber: Planet Ware

Bagi menambah maklumat mengenai kegemilangan Islam di Sepanyol, Muzium Cordoba adalah tempatnya.

Muzium ini mempamerkan koleksi artifak bersejarah negara Sepanyol yang paling lengkap di dunia dengan jumlah 33,500 item yang mengagumkan seperti artifak prasejarah, barangan antik kerajaa Rom, seni halus Moorish dan arkeologi dari Madinah Az Zahrah.

3. Madinah Az Zahrah

lokasi pelancongan Cordoba
Sumber: The Best Places In Spain

Merupakan sebuah tapak arkeologi yang dahulunya ibu kota pentadbiran kerajaan Andalusia, Madinah Az Zahrah sarat menyimpan sejarah kegemilangan Islam. Kompleks runtuhan kota lama yang dibina oleh Khalifah Abdul Rahman 111 ini turut menempatkan dewan tetamu, masjid, kediaman, tempat mandi awam dan sebagainya.

Mungkin sukar untuk melihat Islam di negara Eropah namun kewujudannya suatu ketika dahulu yang kini menjadi peninggalan sejarah merupakan bukti bahawa perkembangan agama Islam merentasi banyak benua.

4. Jambatan Rom

lokasi pelancongan Cordoba
Sumber: Shutterstock

Melihat pemadangan Masjid Cordoba dari Jambatan Rom antara aktiviti wajib perlu dilakukan terutama menjelang waktu senja. Cahaya mentari yang menyentuh batuan jambatan memberi warna jambatan kelihatan merah keemasan. Jambatan ini dahulunya dibina pada abad pertama oleh orang Rom untuk menggantikan jambatan kayu sebelumnya.

5. Courtyard Festival

lokasi pelancongan Cordoba
Sumber: Eco Tour Cordoba

Waktu terbaik berkunjung ke Cordoba ialah pada bulan Mei kerana pada waktu itu bunga sedang mekar-semekarnya. Courtyard Festival merupakan festival tradisi yang diisytiharkan sebagai sebahagian daripada Warisan Dunia Tidak Ketara UNESCO pada tahun 2012. Pada festival ini, pihak penganjur akan mencari hiasan halaman sekitar bandar, sepanjang jalan yang indah dengan pelbagai jenis bunga berwarna warni seperti bunga melati, bunga carnation dan banyak lagi.

Kini, Cordoba meninggalkan banyak peninggalan sejarah untuk dinikmati oleh para pengunjung. Banyak pengajaran yang boleh pengunjung dapat untuk dijadikan sempadan kehidupan apabila mengimbau kembali sejarah di kota Cordoba.

Sumber: Get Lost Magazine, Mstar