5 Lubuk Cabar Tahap Pedas Anda Sekitar Lembah Klang

Orang Malaysia dan makanan pedas memang tidak boleh dipisahkan. Sampai tak bersemangat untuk makan kalau tiada sambal sebagai penyeri hidangan.

Ini merupakan 5 lubuk restoran untuk peminat makanan pedas. Bolehlah cabar tahap kepedasan anda berbanding buat cabaran makan ramen samyang.

1. Kotak

lubuk makanan pedas
Sumber: Jollygram

Kebanyakan restoran Indonesia berkonsepkan tradisional, tetapi restoran ini kelihatan lebih moden. Mi sedap di sini cukup popular kerana tahap kepedasan yang tak terkata.

Lagi menarik, anda boleh mencuba menu nasi ayam geprek untuk cabar tahap kepedasan anda. Peminat makanan pedas boleh pilih tahap kepedasan dari 1-10 untuk set menu ini. Di sini anda boleh rasa ghost pepper sebenar (cili terpedas di dunia) pada tahap 10.

Ya, tak sama dengan menu KFC Ghost Pepper.

Alamat: 7, Jalan SS 15/8b, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Isnin hingga Sabtu : 7.30 pagi hingga 12.00 tengah malam, Ahad : 7.30 pagi hingga 10.00 malam

2. Wingstop

lubuk makanan pedas
Sumber: Amarillo

Francais terkenal dari Amerika menawarkan 7 jenis perisa ayam kepada pelanggan. Untuk ayam pedas, anda boleh pesan menu Sambal Pedas atau Atomic. Perisa Sambal Pedas boleh dikira mild lagi di sini tetapi, ayam perisa Atomic bukan calang-calang pedas.

Uniknya, bukan sahaja makanan yang pedas, minuman pun ada yang pedas. Boleh cuba menu mango habanero milkshake rasa manis pada awalnya tetapi lama-lama barulah rasa pedas menyengat.

Jangan risau, beberapa cawangan sudah menerima sijil halal JAKIM dan selebihnya masih dalam proses.

Alamat: The Curve, MyTOWN Shopping Centre & CITTA Mall (sudah menerima sijil halal JAKIM)
Waktu Operasi: 10.00 pagi hingga 10.00 malam (Isnin-Khamis), 10.00 pagi hingga 11.00 malam (Jumaat-Ahad)

3. Salt & Pepper

lubuk makanan pedas
Sumber: FB Salt & Pepper

Nak rasa burger terpedas di Malaysia, sini tempat wajib anda cuba. Menggunakan lima jenis cili terpedas di dunia iaitu bhut jolokia, carolina reaper, seven pot prima, gronong dan big black mama, mencipta burger yang diberi nama Explosive Inner Core Burger.

Selain menu burger ‘dari neraka’, terdapat pelbagai lagi pilihan burger lazat lain seperti Screaming Nachos Burger, Crabby Patty Burger, Classic OG Beef Burger, Supreme Molten Cheese dan banyak lagi. Makanan barat di sini pun cukup sedap!

Alamat: 46, Jalan 3/70, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: 3.00 petang hingga 11.30 malam

4. Ayam Gepuk Pak Gembus

lubuk makanan pedas
Sumber: FriedChillies

Restoran ini memang wajib dalam senarai makanan pedas oleh para food hunters. Memang menjadi antara restoran tular yang wajib dicuba kerana terkenal dengan cara penyediaan sambal tumbuknya yang dibuat dengan jumlah cili yang sangat banyak.

Sesuai dengan tagline restoran ini ‘Tentukan Sendiri Pedasmu, Anda Pedas Kami Puas!”, pelanggan boleh memilih sendiri berapa banyak cili nak diletak dalam sambal supaya sesuai dengan tahap kepedasan masing- masing.

Alamat: Boleh ke laman ini untuk melihat senarai cawangan
Waktu Operasi: 11.00 pagi hingga 10.00 malam

5. Tiga Budak Gemok

lubuk makanan pedas
Sumber: My All

Walaupun nampak macam biasa sahaja gerainya, tetapi memang ramai yang beratur untuk mencuba makanan di sini. Hidangan istimewanya ialah cili padi gesek yang memang tersangatlah pedas dimakan bersama nasi putih, ayam kicap dan hirisan timun.

Waktu Operasi: Tengah hari hingga malam
Boleh cari senarai cawangan Tiga Budak Gemok di sini.

Nak cabar diri makan makanan pedas boleh, tetapi ingat tanggung sendiri risiko.
BACA: 6 Bahan Ini Mampu Hilangkan Rasa Pedas

Sumber: Saji

Cantik-cantik ni sayang betul nak telan.

5 Karya Seni Pastri Coklat Chef Amaury

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.