5 Lubuk ‘Camping Site’ Macam Si Nopal Di Malaysia

Sumber: Youtube Animasinopal

Sudah mengutip hampir 500,000 ribu subsciber di YouTube dan 1.1 juta pengikut di Instagram, animasi si Nopal tiba-tiba sahaja menjadi popular beberapa minggu belakangan ini.

Dengan lukisan watak dengan unik, paparan video yang paling mendapat perhatian ialah Kisah Aneh Saat Berkhemah. Mendapat lebih 4.6 juta tonton, animasi si Nopal dari Indonesia ini berjaya menawan hati rakyat Malaysia dengan dialog-dialog wataknya yang lucu.

Menjadi siulan anak-anak muda, apa kata anda bawa kaum keluarga atau ajak rakan-rakan anda merealisasikan lagu berkhemah si Nopal menjadi realiti percutian hujung minggu kali ini?

Mari kami berikan senarai beberapa camping site untuk anda lawat bersama rakan-rakan peminat animasi si Nopal ini.

1. Resort Tadom Hill

Terletak kira-kira 12 minit dari Lapangan Terbang KLIA dan 45 minit dari Kuala Lumpur, Resort Tandom Hill memang sesuai untuk orang-orang Kuala Lumpur yang malas menempuh perjalanan jauh.

Dengan tema Eco-Pelancongan, resort ini dikelilingi 40 ekar bukit batu kapur, tasik dan terselindung dari dunia luar membolehkan anda membuat pilihan sama ada mahu bermalam di ‘chalet buloh’, sfera buaian (terbuka) atau pun di dalam khemah.

Banyak menyediakan aktiviti-aktiviti menarik seperti menonton persembahan secara langsung di atas rakit, rock climbing, menyumpit dan memanah, anda boleh lawati laman web Resort Tadom Hill untuk maklumat lanjut.

2. Taman Negara Endau-Rompin

Merupakan kawasan hutan hujan lama yang menghubungkan sungai Endau dan Rompin. Sambil-sambil mencabar diri melalui laluan hutan mencabar, anda boleh menikmati panorama air terjun yang memukau.

Selain daripada rancangan lawatan ke Kampung Orang Asli, merentasi sungai dengan pelampung, dan night safari ada juga disediakan aktiviti santai seperti berendam di dalam kolam air panas dan memancing.

Camping Site

Terletak 26km dari pekan Bekok, Johor anda boleh juga menaiki keretapi dan turun di stesen Bekok, kemudiannya menaiki teksi ke sana. Jika anda melalui Lebuhraya Utara-Selatan Kuala Lumpur atau Johor Bahru, ikut susur keluar ke Yong Peng – Chaah – Bekok.

3. Janda Baik

Perjalanan yang cuma memakan masa selama 45 minit daripada Kuala Lumpur, di Janda Baik anda boleh lihat aliran air sungai dan air terjun yang melalui kawasan hutan.

Sangat sesuai dilawati sebagai kawasan perkhemahan dan perkelahan, udara dingin yang bakal anda hirup di sini sangat berbeza dengan di bandar; seakan memberi anda satu kekuatan luar biasa.

Camping Site
Sumber: Steemit

Cuba bayangkan anda berkhemah di kawasan tenang seperti kampung Melayu zaman dahulu ditambah pula dengan deruan air sungai yang mengalir sambil ditemani kicauan burung serta cengkerik.

Nikmat bukan? Lagi nikmat kalau ada buat parti barbeku beramai-ramai.

4. Air Terjun Chiling

Hanya dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, air terjun ini dimiliki oleh Jabatan Perikanan Selangor sebagai tujuan kajian. Anda perlu melakukan tempahan awal bagi memastikan ada tempat untukanda berkhemah di sana.

Untuk ke kawasan air terjun, anda boleh berjalan melalui trek (jambatan dan sungai) sekitar 90 minit. Mempunyai tiga bahagian, anda boleh pilih mahu duduk di kawasan kolam besar yang sesuai untuk aktiviti berenang atau berkelah secara santai.

Terletak di Kuala Kubu Bharu, Selangor, anda boleh lihat maklumat Air Terjun Chiling dengan lebih lanjut di sini.

5. Hutan Rekreasi Sungai Congkak

Ke sini, jangan lupa bawa ayam mentah yang sudah diperam. Iyalah, rugi jika hanya ke sini hanya semata untuk mandi sahaja. Sambil-sambil bermandi-manda, pangganglah ayam dan ikan untuk mengisi perut yang pasti sahaja akan lapar apabila berendam terlalu lama di dalam air.

Camping Site
SUmber: Harian Metro

Air Sungai Congkak yang mengalir melalui Hutan Rekreasi Sungai Congkak ini boleh dinikmati kesejukannya hanya dengan bayaran sekitar RM5 untuk orang dewasa dan percuma bagi kanak-kanak bawah 12 tahun.

Dengan bayaran lebih kurang RM15 semalam, anda boleh tinggal di kawasan perkhemahan. Memang sangat sesuai sebagai destinasi merehatkan minda dan badan dari kesibukan kerja, anda juga boleh mendaki Bukit Chenuang setinggi 850 meter untuk melihat panorama sunset dan sunrise.

Camping Site
Sumber: Harian Metro

Jangan tunggu lagi, cepat rancang dan ajak keluarga serta kawan-kawan anda berkhemah macam si Nopal dengan adiknya Cute Girl hujung minggu ini.

Sumber: The Culture Trip

Agak-agak boleh lawan ke nasi lemak yang mak cik tepi jalan jual tu?

6 Menu Nasi Lemak Unik Di Malaysia

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

6 Menu Nasi Lemak Unik Di Malaysia

Ingat burger hari tu dah cukup unik. Macam-macam lagi ada. Mana tak lemak rakyat Malaysia.

Posted by MakanLena on Tuesday, February 12, 2019