5 Makanan Yang Tidak Boleh Disimpan Dalam Peti Sejuk

Makanan Peti Ais
Sumber: Business Insider

Setiap kali kita balik daripada membeli barang dapur, pastinya peti ais menjadi tempat untuk menyimpannya. Fungsinya sebagai alat menyimpan dan memelihara makanan memudahkan kerja semua orang; makanan tahan lebih lama daripada disimpan di luar peti sejuk.

Namun, sebenarnya jika mengikut ilmu sains, ada beberapa produk makanan yang tidak boleh disimpan dalam peti sejuk. Nak tahu apa? Teruskan tatal (scroll) ke bawah.

1. Tomato

Kerana sifat luarannya yang lembut, sering kali kita meletakkan tomato di dalam peti sejuk agar tahan dengan lebih lama. Berdasarkan daripada Farmer’ Almanac, tomato yang kaya dengan jus ini sangatlah bagus jika disimpan di dalam kawasan bersuhu bilik. Dengan suhu yang sesuai, jus tomato tersebut tidak akan berubah tekstur dan rasa manisnya.

2. Avocado

Sudah terbiasa dengan suhu yang suam, buah avocado yang disimpan dalam peti ais akan melambatkan proses buah menjadi lebih masak. Mungki akan terasa sedikit pelik, buah avocado inii oleh bertahan sekitar 2 ke 3 hari.

Makanan Peti Ais
Sumber: HealthLine

3. Roti

Bukan sahaja roti, produk yang berasaskan doh juga tidak disarankan untuk disimpan dalam peti sejuk. Lebih nikmat jika anda makan roti segar berbanding yang disimpan di dalam peti sejuk, bukan? Tekstur dan rasa juga akan berbeza.

4. Kentang

Tumbuhan ini tidak boleh hidup dalam cuaca sejuk kerana suhu tersebut boleh menyebabkan kentang cepat masak. Untuk kekalkan rasa kentang yang segar dan manis, anda boleh simpan di dalam beg kertas dalam suhu bilik.

5. Madu

Ada sesetengah orang suka menyimpan madu dalam peti sejuk kerana mahu mengelakkan dihurung semut. Madu yang diletakkan dalam peti ais akan mengeras dan menyebabkan rasa aslinya hilang. Oleh itu, simpanlah madu anda di rak-rak almari supaya rasa madu anda kekal asli.

Mesti ramai yang simpan produk makanan di atas dalam peti sejuk, bukan? Haa, lepas sudah tahu info ini jangan buat lagi supaya produk makanan anda kekal berkhasiat.

Sumber: Espresso