5 Sebab Kenapa Anda Perlu Bercuti Ke Pulau Belitung

Pulau Belitung AirAsia

Pernah menonton filem Laskar Pelangi? Disebalik sinematografi yang menampilkan pemandangan amat memukau itu merupakan kawasan di Pulau Belitung, Indonesia.

Pulau Belitung atau lebih dikenali sebagai Belitung sering digelar sebagai sebuah kepulauan syurga di luar pantai timur Sumatra, Indonesia. Belitung dikelilingi lebih dari 100 pulau kecil dengan pantai yang indah dan air jernih, menawarkan pelancong percutian pulau yang menarik dengan pelbagai aktiviti air dan kecantikan semula jadi.

Ini sebab mengapa perlu jadikan Pulau Belitung sebagai destinasi percutian wajib anda.

1. Pemandangan sunset dan sunrise yang memukau

Pulau Belitung AirAsia
Sumber: Flickr

Selain mengadakan aktiviti air seperti island hopping dan snorkeling, melihat pemandangan sunset atau sunrise adalah suatu kemestian. Keindahan panorama yang disajikan itu pasti menjadikan antara memori ke Pulau Belitung yang tidak boleh dilupakan.

Kawasan terbaik melihat matahari terbenam di Pantai Tanjung Tinggi.

2. Rumah api Pulau Belitung

Pulau Belitung AirAsia
Sumber: Littlenomadid

Rumah api di sini merupakan mercu tanda Belitung yang berusia lebih 130 tahun. Jika mengunjung ke sana, tidak sah jika tidak menjejak kaki ke kawasan rumah api.

Rumah api itu terletak di pulau kecil bernama Pulau Lengkuas. Boleh ke sana dengan menaiki bot dari Pantai Tanjung Kelayang.

3. Pemandangan laut

Pulau Belitung AirAsia
Sumber: GlobalIndonesianVoices

Dari rumah api itu anda dapat lihat pemandangan laut biru yang memukau. Masa inilah untuk merasai ketenangan kerana tidak perlu bersesak seperti pulau peranginan yang lain.

Pulau Belitung juga mendapat gelaran Maldives of Indonesia, jadi semestinya anda berasa puas berenang bersama pelbagai jenis ikan di sana.

4. Makanan tempatan

Pulau Belitung AirAsia
Sumber: GenPI

Selain tujuan utama untuk percutian tenang, pastilah kita juga ingin merasai makanan istimewa di sana. Jangan lupa untuk mencuba minuman kopi tempatan terkenal di sana yang cukup enak.

5. Banyak kawasan Instagram-worthy

Pulau Belitung AirAsia
Sumber: Sethlui

Bukan disebabkan laut dan pantainya sahaja, tetapi Belitung juga banyak port bergambar untuk dipaparkan di Instagram. Jadi, jangan lupa bawa kamera terbaik yang anda ada!

Selain itu, anda boleh juga berkunjung ke pulau-pulau indah seperti Pulau Pasir, Pulau Batu Burung Garuda, Pulau Leebong dan Pulau Batu Berlayar. Pelancong juga boleh meneroka pengalaman taman geo yang unik di lokasi tarikan alam semulajadi seperti Gua Kelayang, Lombong Terbuka Kelapa Kampit, Pusat Konservasi Penyu Pulau Kepayang atau Air Terjun Gurok Beraye.

Peminat fotografi harus menuju ke Danau Kaolin, sebuah tasik yang indah dengan perairan lautan biru dan deposit mineral putih, atau Muzium Kata Andrea Hirata, sebuah muzium sastera yang dihiasi dengan warna pelangi.

Kini, perjalanan anda untuk bercuti ke Pulau Belitung lebih mudah kerana AirAsia sudah membuka laluan terus dari Kuala Lumpur ke Belitung bermula pda 2 Oktober 2019.

Bagi meraikan laluan baharu ini, AirAsia menawarkan tambang istimewa serendah RM79* dari Kuala Lumpur untuk ahli BIG. Untuk maklumat lanjut boleh layari di lawan web AirAsia.