5 Skywalk Wajib Pergi Bagi Mereka Yang Berani

skywalk

Anda seorang yang berani dan tidak takut gayat dengan tempat tinggi? Kalau ya, MakanLena nak syorkan anda pergi mengembara ke laluan lantai berkaca Skywalk di beberapa tempat ini.

Ada yang laluannya berada setinggi 1,000 kaki dari aras laut. Namun, itulah yang menjadi daya tarikan bagi tempat-tempat perlancongan ini. Mungkin juga anda akan bertukar fikiran dan mahu melakukannya walaupun hanya sekali seumur hidup.

Hunan Province, China

hunan

hunan

Dengan ketinggin puncak mencapai sekitar 5,000 kaki dari aras laut, Hunan Province menjadi tempat untuk spesies tumbuhan yang sangat jarang ditemui. Mempunyai kemudahan perhubungan menggunakan kereta kabel sepanjang 4 batu, menjadikan terpanjang di dunia untuk jenisnya.

Zhangjiajie, China

zhangjiajie

zhangjiajie

Skywalk yang terletak di Tianmen Mountain di Zhangjiajie, China ini berada pada ketinggian 4,700 kaki dari aras laut. Jambatan ini mempunyai jarak sejauh 200 kaki.

Grand Canyon, Amerika Syarikat

grandcanyon

Skywalk Landscape Canyon West Rim Grand Canyon

Sejak pembukaan Grand Canyon West Rim pada tahun 2007, Grand Canyon Skywalk yang memiliki laluan kaca lutsinar menjadi destinasi yang menarik buat pelancong yang berkunjung ke sini. Grand Canyon Skywalk juga merupakan tempat kedua laluan kaca lutsinar tertinggi di dunia.

Strukturnya direka tampak seperti tapak kaki kuda yang mengunjur ke tengah dari hujung tebing pergunungan. Yang menariknya, Grand Canyon West Rim mendapat kerjasama daripada suku kaum Hualapai Indian bagi membangunkan dan mengimbangi tradisi Grand Canyon untuk pelancongan.

Sunwapta Valley, Kanada

glacier skywalk

glacier skywalk

Glacier Skywalk merupakan laluan kaca lutsinar yang terletak di paras 280 meter di atas Sunwapta Valley di Taman Negara Jasper. Ia baru dibuka pada tahun 2014.

Busan Skywalk, Korea

busan skywalk

busan skywalk

Skywalk yang dibina setinggi 40 meter dari aras laut ini merupakan antara tarikan yang agak baru bagi pelancong yang mengunjungi Busan, Korea. Ia terletak di hujung pantai Igidae.

Amacam? Rasa berani untuk melalui laluan Skywalk ini? Kalau ya, masukkan tempat ini sebagai tempat yang wajib anda pergi ya.