5 Trip Travel Dengan Kereta Api Sekitar Malaysia

Trip Kereta Api Malaysia
Sumber: iStalker

Menggunakan perkhidmatan kereta api untuk travel bukanlah suatu perkara yang lapuk malah perjalanan itu akan menjadi lebih bermakna berbanding memilih perjalanan dengan kapal terbang mahupun kenderaan sendiri.

Pengalaman menggunakan kereta api untuk ke sesuatu destinasi bersama teman travel pasti tidak dapat dilupakan kerana ketika ini dapat meluangkan masa lebih lama dengan rakan tanpa perlu menghadap kesesakan jalan raya sambil menikmati keindahan alam semula jadi.

Jika anda ingin mencuba merasai pengembaraan menaiki kereta api di luar negara, boleh cuba dahulu merasai trip seperti ini di sekitar Malaysia.

Trip Kereta Api Malaysia
Sumber: IG atiahazhar

1. Kuala Lumpur ke Ipoh

Trip Kereta Api Malaysia
Sumber: Go Perak

Sedia maklum bahawa perjalanan menggunakan kereta api sememangnya memerlukan masa lebih lama. Tapi anda boleh mencuba trip ini dari Kuala Lumpur ke Ipoh kerana hanya mengambil masa selama 2 jam.

Gunakan perkhidmatan kereta api ETS yang membawa perjalanan dari KL Sentral ke Ipoh. Boleh menempah tiket ETS di laman sesawang KTM dan juga laman sesawang lain seperti baolau, 12goasia dan busonlineticket. Harga tiket pula mengikut kelas yang ditawarkan iaitu Platinum, Gold dan Silver.

Perjalanan ke Ipoh amat berbaloi kerana di Ipoh memang sangat banyak juadah menarik dan destinasi yang mengujakan di sana.

2. Kuala Lumpur – Johor Bahru – Singapura

Trip Kereta Api Malaysia
Sumber: Trevallog

Sekali-sekala kena cuba travel dari Malaysia ke Singapura menggunaka kereta api! Banyak tempat menarik untuk ke Singapura seperti berkunjung ke Universal Studios Singapore, melawat Garden By The Bay dan lain-lain.

Mudah sahaja perjalanan ini, anda perlu menggunakan perkhidmatan ETS ambil tiket dari KL Sentral ke Gemas kemudian tukar menaiki KTM di sana untuk ke JB Sentral. Perlu ambil perhatian kerana trip KL-Gemas hanya ada pada jam 12pm dan 12am.

Apabila sampai di JB Sentral, naik kereta api ke Woodlands hanya RM5 sahaja. Anda perlu menempah tiket lebih awal supaya tidak terlepas kereta api terutama pada waktu pagi ataupun menggunakan perkhidmatan bas untuk ke Singapura namun perlu sediakan mata wang Singapura kerana ada sesetengah bas seperti SMRT dan SBS hanya menerima mata wang di negara sana.

3. Kuala Lumpur ke Butterworth

Trip Kereta Api Malaysia
Sumber: Nomadic Notes

Biasa orang mula berjinak untuk travel, mesti memilih Pulau Pinang sebagai destinasi permulaan mengembara sendiri. Pulau Pinang bukan sahaja terkenal dengan pelbagai makanan hipster malah juga menjadi spot untuk bergambar.

Hanya perlu menggunakan perkhidmatan ETS dari Kl Sentral ke Butterworth. Perjalanan pula menambil masa lebih kurang 7jam dan harga tiket untuk dewasa pada harga RM83 seorang.

Apabila tiba ke Butterworth, ambil perkhidmatan feri untuk merentas perjalanan ke bandar Georgetown.

4. Kuala Lumpur – Padang Besar – Hat Yai

Trip Kereta Api Malaysia
Sumber: Catching Travels

Dalam banyak-banyak negara untuk dikunjung orang Malaysia, tidak sah jika tidak ke Thailand memandangkan kedua-dua negara ini hanya terpisah dengan sempadan sahaja.

Jika anda mencari trip yang lebih mencabar, menaiki kereta api adalah pilihan terbaik. Biasa orang Malaysia akan ke Hat Yai kerana mudah mencari makana halal di sana.

Langkah pertama jika ke Hat Yai menggunakan kereta api ialah perlu menaiki ETS dari KL Sentral ke Padang Besar. Hanya kelas Gold dan Platinum sahaja menawarkan perjalanan ke Padang Besar dengan masing-masing pada harga RM76 dan RM102 seorang. Masa perjalanan pula mengambil masa lebih kurang 5 jam.

Setibanya di Padang Besar, anda boleh memilih untuk meluangkan masa sebentar di sana sebelum bergerak atau teruskan perjalanan ke Hat Yai. Setelah selesai urusan imigresen di sana, anda boleh pilih sama ada untuk menaiki kereta api atau pun van untuk ke Hat Yai.

Anda juga boleh menggunakan kereta api sana iaitu SRT untuk ke Bangkok atau pun Chiang Mai.

5. Tanjung Aru – Beaufort – Tenom

Trip Kereta Api Malaysia
Sumber: Cycloscope

Kereta api di sini berbeza dengan kereta api di Semenanjung kerana di sini masih menggunakan kereta api era kolonial, yang kini dikendalikan Jabatan Keretapi Negeri Sabah. Ia memberikan pengalaman mengujakan apabila merentasi laluan berliku di tebing Sungai Padas dan celah bukit Banjaran Crocker.

Juga satu-satunya pengangkutan yang membawa penggemar sukan lasak menuju ke destinasi berakit yang popular di Sabah iaitu di jeram Sungai Padas di Kampung Pangi, Tenom.

Menaiki kereta api sini tiada menawarkan penempahan tiket secara atas talian. Perjalanan bermula dari Tanjun Aru, 10 minit perjalanan dari lapangan terbang Kota Kinabalu.

Sebelum tiba di Tenom, perkhidmatan itu berhenti di beberapa stesen kampung untuk menurun dan mengambil penumpang bermula dengan stesen Saliwangan Baru dan selepas itu stesen Halogilat, dalam daerah Beaufort.

Jika bernasib baik, anda mungkin dapat melihat penduduk menjual ikan sungai dan ternakan seperti ayam selain buah-buahan dan sayuran kampung dalam gerabak. Tiket perjalanan dari Tanjung Aru ke Tenom tidak melebihi RM10 seorang.

Harus diingatkan, kembara dengan kereta api memang memerlukan masa yang begitu lama untuk sampai ke sesuatu destinasi. Jadi trip kereta api ini hanya sesuai untuk mereka yang mahu perjalanan santai.