6 Aplikasi Halal Wajib Guna Untuk Pengembara Muslim

aplikasi halal untuk pengembara
Sumber: AgriFood.id

Sebagai seorang pengembara atau pelancong muslim, pasti sukar untuk mencari makanan halal ketika berada di luar negara lebih-lebih lagi bagi negara yang bukan agama rasminya agama Islam. Seringkali apabila datang soal makanan pasti menjadi masalah mencari makanan halal yang berdekatan.

Jika dahulu tidak banyak restoran yang menjual menu makanan dan minuman halal, kini pelbagai tempat sudah ada restoran makanan halal cuma perlu mencari maklumat lokasi restoran makanan halal tersebut.

Paling mudah pun, mesti mencari makanan laut atau pergi ke kedai serbaneka mencari makanan ringan tetapi ada kalanya muncul keinginan mahu makan makanan tempatan sesuatu tempat yang kita pergi kan?

Satu masalah juga jika melancong ke luar negara mengambil pakej perkhidmatan pemandu pelancong tetapi pemandu pelancong pula bukan seorang muslim atau kurang pengetahuan tentang tempat makanan halal. Tidak perlu risau lagi dengan perkembangan teknologi pada masa kini, para pengembara muslim boleh menggunakan aplikasi yang sedia ada mengikut destinasi pilihan dengan mudah.

Berikut merupakan aplikasi halal untuk pengembara muslim mencari makanan halal.

1. Halal Trip

aplikasi halal untuk pengembara
Sumber: Hitsbanget

Aplikasi ini membantu anda mencari makanan halal yang berdekatan, restoran halal dan juga memberi ulasan tentang makanan halal yang anda cari. Selain itu, aplikasi ini menyediakan bahagian untuk merancang perjalanan dengan mudah seperti tempat solat, doa harian, tip mengembara dan waktu solat ketika berada di dalam pesawat.

Android, iOS

2. Zabihah

aplikasi halal untuk pengembara
Sumber: Wwt.co

Aplikasi Zabihah menawarkan pencarian 20,000 restoran halal seluruh dunia terutama di negara-negara barat seperti di benua eropah, Amerika Syarikat, negara-negar timur tengah dan Asia Tenggara. Restoran yang dicadangkan juga disertakan harga mengikut keperluan pengguna.

Android, iOS

3. Halal Navi

aplikasi halal untuk pengembara
Sumber: Halal Navi

Halal Navi pula sedikit berbeza daripada kebanyakan aplikasi makanan halal. Aplikasi ini menawarkan platform untuk anda menyertai dan berhubung dengan komuniti Muslim di seluruh negara. Anda boleh melihat tip dan ulasan tentang makanan halal mengikut destinasi anda yang diberikan oleh pengguna muslim lain.

Android, iOS

4. Grab Halal

aplikasi halal untuk pengembara
Sumber: Zilzar life

Aplikasi ini merupakan aplikasi penghantaran halal pertama secara atas talian. Jika tidak larat mahu berjalan ke restoran, anda boleh memesan makan halal terus dari penginapan anda. Hanya memilih menu makanan halal dengan sentuhan jari di paparan telefon pintar dan tunggu makanan yang dipesan sampai kepada anda.

Buat masa sekarang, aplikasi ini hanya boleh diakses di Bangkok sahaja tetapi akan berkembang ke negara lain tidak lama lagi.

iOS

5. Scan Halal

aplikasi halal untuk pengembara
Sumber: Al-Rahhala

Selain mencari makanan di restoran halal, anda juga boleh mencari produk makanan halal di pasaraya berdekatan dengan menggunakan aplikasi Scan Halal. Aplikasi ini memerlukan anda mengimbas kod bar produk makanan dan minuman untuk menyemak status halalnya.

Jika produk yang anda imbas mengandungi bahan haram, pengguna diberi pilihan untuk melihat senarai produk yang lain. Aplikasi ini boleh mengakses produk makanan keluaran Amerika Syarikat dan Kanada serta akan datang dari keluaran United Kingdom, Perancis dan Jerman.

Android, iOS

6. Halal Advisor

aplikasi halal untuk pengembara
Sumber: Youtube

Aplikasi ini boleh diakses untuk mencari restoran halal di Australia. Terdapat 2,000 restoran halal yang disenaraikan dalam aplikasi ini dan menjadi aplikasi nombor satu untuk makanan halal Australia. Anda juga diberi pilihan untuk tapau makanan dengan memesan melalui pesanan hantar diaplikasi tersebut.

Android, iOS

Tidak perlu risau lagi apabila berada di luar negara untuk mencari restoran dan produk makanan halal. Cumanya, masih menjadi persoalan lagi apabila terdapat banyak pilihan restoran makanan halal berdekatan anda dan tidak tahu untuk memilih restoran yang mana satu!