6 Bahan Ini Mampu Hilangkan Rasa Pedas

hilangkan rasa pedas
Sumber: HK Bisnis

Kebanyakan orang Malaysia sudah sebati dengan makanan pedas. Setiap kali makan, pasti rasa kurang jika belum ditambah sambal. Rasa pedas dapat membangkitkan selera makan, betul tak?

Namun, tahap kepedasan itu ada hadnya bergantung kepada setiap individu. Jika makan makanan pedas yang melebihi had anda, lidah akan terasa terbakar, badan berpeluh, bibir pedih dan sukar untuk bercakap.

hilangkan rasa pedas
Sumber: Entertainment

Apabila rasa pedas menyerang, kita sering mengulangi kesilapan yang sama dengan meminum air tetapi tetap juga tidak hilang rasa pedas itu. Ia disebabkan dengan meminum air akan mempercepatkan lagi rasa pedas merebak dalam mulut anda.

Jadi, jangan bazir tenaga minum air banyak kali dengan harapan dapatkan hilang rasa pedas sebaliknya pilih antara bahan-bahan ini untuk meredakannya.

1. Susu

hilangkan rasa pedas
Sumber: Okezone

Gantikan air dengan minuman bersusu. Ini disebabkan susu mengandungi protein yang akan menghilangkan zat pedas capsaicin dan mengurangkan haba pedas. Selain susu, produk tenusu seperti yogurt, keju atau aiskrim juga boleh mengurangkan rasa pijar.

2. Madu

hilangkan rasa pedas
Sumber: Doktor Sehat

Rasa pedas juga boleh dineutralkan dengan bahan manis seperti madu. Bukan disebabkan rasa manis berlawanan dari pedas, ia kerana capsaicin bersifat seperti minyak yang boleh diserap oleh madu sehingga mengurangkan rasa pedas.

3. Buah-buahan masam

hilangkan rasa pedas
Sumber: IDN Times

Buaha-buahan masam seperti lemon, limau, dan nanas antara pilihan efektif meneutralkan rasa pedas. Tetapi ingat, asid berlebihan boleh memberi kesan negatif pada perut anda. Sekiranya anda pernah mengalami masalah sakit perut dengan minuman atau buah-buahan masam, elakkan bahan ini.

4. Roti

hilangkan rasa pedas
Sumber: Oster

Makanan berkanji seperti roti dan nasi juga efektif untuk menghilangkan rasa pedas. Kanji boleh bertindak sebagai pelindung lidah sekali gus mampu menyerap capsaicin. Ia meresap haba pedas dan menghentikan rasa tidak enak di lidah.

5. Mentega kacang

hilangkan rasa pedas
Sumber: Maskulin

Kandungan lemak dalam mentega kacang membantu meneutralkan rasa pedas. Jadi, makan satu sudu mentega kacang atau pun sapu mentega kacang dengan roti mesti lagi enak dimakan. Tetapi bagi sesiapa yang alergi pada kacang tidak boleh mengamalkannya.

6. Minyak zaitun

hilangkan rasa pedas
Sumber: Agromilniksian

Minyak zaitun juga mempunyai lemak yang dapat menyejukkan lidah daripada rasa haba. ambil beberapa sudu minyak zaitun akan mencuci rasa haba di lidah anda.

Jadi, tak ada lah menggelupur cari air tapi tak jalan apabila buat challenge makan pedas. Sediakan antara bahan makanan ini, bolehlah anda makan pedas dengan tenang.

Sumber: RASA

Kreatif sungguh arkitek bangunan ni.

7 Rekaan Hotel Terpelik Di Dunia

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

7 Rekaan Hotel Terpelik Di Dunia

Hotel rekaan sepelik mana pernah anda bermalam?

Posted by MakanLena on Tuesday, February 19, 2019