7 Destinasi Memukau Yang Wajib Anda Lawati Pada Tahun 2020 Menurut Airbnb

Umum sedia maklum, Airbnb merupakan platform dalam talian yang menyediakan perkhidmatan sewaan bilik atau kediaman kepada pelanggannya. Mengikut analisis data yang dikumpulkan, Airbnb baru-baru ini telah menyenaraikan lokais atau destinasi yang dijangkakan akan menjadi tumpuan pelancong pada tahun 2020.

Yang menariknya, mereka dapati trend pelancongan 2020 lebih kepada lokasi mesra alam sekitar yang mana ada antaranya merupakan hidden gems di dunia.

1. Milkwaukee, Wisconsin, USA

Bakal menjadi lokasi Konvensyen Demokratik Nasional 2020, Milkwaukee terletak di Lake Michigan, yang mana digelar sebagai rumah muzium kebudayaan dan memiliki trek basikal sepanjang 105 batu.

Destinasi Wajib Lawat 2020 6

Berbanding tahun 2019, Airbnb mendapai tempahan kediaman di Milkwaukee pada tahun 2020 telah meningkat sebanyak 729%.

2. Bilbao, Spain

Dinobatkan sebagai Bandar Eropah Tahunan pada 2018, Bilbao merupakan kawasan yang sangat menarik untuk dikunjungi kerana dipenuhi bangunan yang berseni bina unik.

Destinasi Wajib Lawat 2020 5

Tempahan yang meningkat sebanyak 402% pada tahun 2020 berbanding tahun 2019 dijangka bakal menjadikan Bilbao sebagai destinasi hotspot pelancong.

3. Buriram, Thailand

Terkenal sebagai lokasi yang penuh dengan bangunan yang memaparkan kebudayaan mereka, ramai yang masih tidak sedar mengenai kewujudan Buriram. Bakal menjadi lokasi pertandingan MotoGP, Buriram terkenal dengan landskap alam sekitar serta kaya dengan monumen yang dijaga rapi.

Destinasi Wajib Lawat 2020 4

Peningkatan tempahan berbanding tahun 2019: 383%

4. Sunbury, Victoria, Australia

Sunbury dijangka bakal menjadi lokasi panas kerana Melbourne dijangka menjadi tuan rumah kepada pertandingan Kejohanan Kriket Antarabangsa Piala Dunia T20 pada tahun depan dengan peningkatan tempahan sebanyak 356%.

Destinasi Wajib Lawat 2020 3

5. Romania

Terseranai sebagai lokasi ke-5 dalam ketahanan ekosistem, Romania merupakan sebuah negara yang amat terkenal dengan kawasan luar bandar dan hutan tebal yang mana juga menempatkan lokasi Istana Drakula.

Destinasi Wajib Lawat 2020 2

Peningkatan tempahan berbanding tahun 2019: 298%

6. Xi’an, China

Diketahui sebagai lokasi lahirnya ketamadunan China, Xi’an telah menyediakan program pelancongan yang menyediakan perkhidmatan tour routes pada waktu malam bagi menekankan kekayaan budaya serta sejarah China.

Destinasi Wajib Lawat 2020 1

Peningkatan tempahan berbanding tahun 2019: 255%

7. Eugene, Oregon, USA

Terkenal sebagai hab kulinari, bandar yang dikelilingi bukit bakau memukau ini bukan sahaja dikenali kerana penawaran makanan yang pelbagai tetapi juga merupakan ‘rumah’ kepada penyediaan makanan organik.

Destinasi Wajib Lawat 2020

Peningkatan tempahan berbanding tahun 2019: 213%

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!