7 ‘Port’ Makan Wajib Cuba Jika Ke Kelantan

port makan wajib Kelantan

Apabila sebut sahaja tentang Kelantan, pasti terbayang tentang pelbagai juadah menarik dan enak di negeri itu. Orang kata, jika ke Kelantan memang tidak sempat rasa lapar kerana ada sahaja makanan menarik untuk dicuba.

Bagi anda yang bakal ke Kelantan, kami kongsikan beberapa tempat makan yang dikongsikan seorang anak Kelantan, @aimannfateh melalui laman sosial Twitternya.

1. Kopitiam Kita

port makan wajib Kelantan
Sumber: Twitter

Pagi hari pertama apabila tiba di Kelantan, boleh mencuba sarapan di Kopitiam Kita. Menu istimewa di sini ialah roti titab dan boleh pilih sama ada mahu perisa pandan atau klasik yang diletakkan bersama-sama telur separuh masak dan kaya. Harga roti titab biasa RM5 dan roti titab special berharga RM6.

2. Nasi Kak Wok

port makan wajib Kelantan
Sumber: Airbnb

Selain nasi kerabu, nasi Kak Wok juga terkenal sebagai hidangan istimewa negeri Kelantan. Jika anda pernah merasa nasi Kak Wok di bandar, anda kena cuba nasi Kak Wok asli di Kampung Ludang ini. Memang terkenal dari dahulu lagi. Harganya pula sekitar RM4 – RM5 sahaja.

3. Restoran Za Maggi Belut, Pasir Tumboh

port makan wajib Kelantan
Sumber: Idadamia

Jika ke Kelantan, kenalah cuba makanan yang sukar didapati di bandar. Rasa kuah maggi tomyam belut di sini memang pekat, sesuai untuk mereka yang suka makanan pedas. Harga satu mangkuk RM7.

4. Roti Cotek, Berek 12

port makan wajib Kelantan
Sumber: KartiniMatYaakob

Roti Cotek atau roti tampal adalah menu terkenal di Berek 12. Rotinya sangat lembut dan kuah kari memang lain daripada yang lain. Harganya hanya RM2 sepinggan.

5. PokMei Scekok, Kubang Kerian

port makan wajib Kelantan
Sumber: Socialboor

Merupakan sejenis mi berkuah yang dimakan bersama lauk daging, ayam dan telur puyuh. Boleh pilih jenis mi seperti maggi, mi, mihun dan kuetiau. Harga pula sekitar RM5 hingga RM8 semangkuk. Lokasi berdekatan dengan SK Demit, boleh waze Mee Scekok.

6. Acu Tera Sotong Celup Tepung

port makan wajib Kelantan
Sumber: Projek MM

Salah satu gerai celup tepung terlaris di Kelantan. Sebelum keluar Kelantan, wajib cuba menu di sini terutama sotong dan udang celup tepung dan disertakan sekali minuman coconut shake. Harganya juga berpatutan, sepinggan untuk udang dan sotong celup tepung berharga RM10.

Ada juga menu lain seperti keropok lekor, ikan celup tepung, kerang celup tepung dan lain-lain.

7. Nasi Kerabu Jijah Nk Stall

port makan wajib Kelantan
Sumber: Astro Gempak

Tidak lengkap jelajah di Kelantan jika tidak pekena nasi kerabu di sini. Anda boleh cari gerai nasi kerabu menarik di Kedai Buluh. Ambil lauk kambing bakar tumis, minuman pula teh ais hijau buih, memang padu. Harga nasi kerabu kambing RM6 manakala teh ais hijau buih hanya RM2.30 sahaja.

Sudah lihat senarai tempat makan ini, jangan lupa untuk mencuba!