7 Rumah Dengan Ciri Binaan Unik Jadi Tarikan Baharu Kampung Budaya, Terengganu

Dengan penambahan satu lagi lokasi pelancongan iaitu Kampung Budaya, industri pelancongan negeri Terengganu dilihat akan menjadi semakin rancak menjelang 2020 kelak.

Terletak berhampiran Muzium Negeri, Kampung Budaya, Terengganu akan menampilkan tujuh buah rumah yang masing-masing mempunyai keunikannya tersendiri.

Kampung Budaya Terengganu 1

Dengan bayaran yang rendah, Kampung Budaya, Terengganu ini bakal menyajikan pengalaman unik berserta dengan pertunjukan kebudayaan yang pastinya berbeza dari negeri-negeri lain.

Baru sahaja diluluskan dalam mesyuarat exco semalam, Pengerusi jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman memberitahu di Muzium Negeri terdapat rumah-rumah tradisional yang asalnya milik muzium akan diasingkan.

Kampung Budaya Terengganu

Antara tarikan berhampiran yang boleh pelancong lawati ketika mengunjungi Muzium Negari ialah Taman Tamadun Islam (TTI).

Sumber: Astro Awani