7 ‘Superfood’ Elak Mudah Jatuh Sakit

superfood elak jatuh sakit
Sumber: Happy Eats Healthy

Ramai yang mudah jatuh sakit berkemungkinan faktor cuaca yang tidak menentu, tekanan dalam kerja dengan beberapa komitmen sampingan lain atau masalah pencemaran udara yang menekan sehingga membawa kepada masalah kesihatan.

Untuk kekal sihat, kita perlulah mengamalkan diet yang seimbang disamping makan makanan yang mempunyai banyak nutrisi. Melalui pemakanan sihat, anda dapat menguatkan sistem kekebalan tubuh supaya imun kepada penyakit.

Makanan seperti superfood membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh untuk melawan penyakit mahupun mengelakkan anda daripada diserang sebarang masalah kesihatan. Superfood secara amnya makanan yang mengandungi vitamin dan mineral yang tinggi.

Superfood juga boleh menjadi sumber anti-oksidan iaitu bahan yang melindungi tubuh kita daripada kerosakan sel dan membantu mencegah penyakit. Berikut merupakan antara superfood yang mudah didapati dan sedia ada di dapur anda.

1. Bawang Putih

superfood elak jatuh sakit
Sumber: Selfhacked

Tidak semua suka bahan makanannya mengandungi bawang putih, lagi-lagi jika bawang putih itu tidak ditumbuk atau dihiris kecil. Namun, bawang putih amatlah berkhasiat untuk tubuh anda kerana komponen dalam bawang putih meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan melawan bakteria berjangkit serta membantu menurunkan tekanan darah.

2. Oren

superfood elak jatuh sakit
Sumber: Modern Farmer

Buah oren antara buah-buahan yang kaya dengan vitamin C. Ia dapat mencegah seseorang daripada mudah jatuh sakit dan membantu meningkatkan pengeluaran sel darah putih yang penting untuk melawan jangkitan.

3. Bayam

superfood elak jatuh sakit
Sumber: Martha Stewart

Selalunya sayur berwarna hijau kurang digemari kerana rasanya yang pahit. Tetapi sayur hijau seperti bayam mengandungi sumber vitamin C dan zat besi. Juga kaya anti-oksidan selain tinggi beta carotene, membantu melawan penyakit yang menyebabkan jangkitan. Elakkan terlebih masak agar tidak menghilangkan vitamin dan nutrisi yang terkandung dalam sayur bayam.

4. Kunyit

superfood elak jatuh sakit
Sumber: Organic Authority

Kunyit juga mengandungi anti-oksidan dan anti radang yang membantu tubuh merawat sendiri dan kembali sihat. Digalakkan menggunakan kunyit hidup sebagai minuman jamu atau kunyit organik dalam susu.

5. Badam

superfood elak jatuh sakit
Sumber: Natural Food Series

Jadikan badam sebagai snek yang sihat kerana badam membantu meningkatkan sistem ketahanan badan malah membantu mengurangkan berat badan. Badam mengandungi vitamin E untuk mengekalkan kekebalan tubuh anda.

6. Dadih

superfood elak jatuh sakit
Sumber: Procaffenation

Dadih ialah makanan dari tenusu yang kaya dengan sumber probiotik atau dikenali sebagai bakteria baik. Ia memberi kekebalan terhadap penyakit khususnya berkaitan jangkitan.

7. Sup Tulang Ayam

superfood elak jatuh sakit
Sumber: Simply Recipes

Jangan tidak tahu pula daripada kelazatan sajian sup tulang ayam, sajian ini kaya dengan kolagen. Kolagen juga amat penting dalam sistem imunisasi tubuh kerana mengandungi asid amino yang baik untuk masalah keradangan.

Justeru, perbanyakkanlah makanan yang disenaraikan ini dalam pemakanan anda untuk kekalkan tubuh yang sihat. Selain makanan, anda juga perlu mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam, tidak merokok dan kekalkan kebersihan diri.

Sumber: Free Malaysia Today