7 Tempat Penginapan ‘Rare’ Sekitar Malaysia Yang Mesti Dikunjungi

Percutian Rare Malaysia MOTAC

Lagi beberapa hari sahaja lagi kita bakal memasuki tahun 2020. Ia menjadi tahun terbaik untuk negara ini kerana merupakan Tahun Melawat Malaysia.

Inilah peluang kita sebagai rakyat Malaysia mengunjungi destinasi percutian sekitar negara tercinta ini terutama di tempat-tempat yang unik dan ‘rare’ untuk dimaanfaatkan masa persendirian.

Kami senaraikan 7 destinasi yang disyorkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni Dan Kebudayaan (MOTAC) yang mana semua destinasi ini amat bersesuaian dengan mereka yang gemarkan percutian alam semula jadi.

1. Classic Malay House, Kuala Lumpur

Percutian Rare Malaysia MOTAC

Ramai yang tidak tahu wujudnya sebuah rumah kampung tradisional melayu ditengah-tengah bandar dan hanya perlu ke Jalan Dato Keramat untuk menjumpainya.

2. Rumah Rehat Adeline, Perak

Percutian Rare Malaysia MOTAC

Rumah Rehat Adeline terletak di Kampung Gerutum berdekatan dengan Sungai Itik, Pahang dan hanya 7km dari bandar Gopeng. Di sini anda boleh bermalam di dalam pondok beratap nipah.

3. Canopy Tribes, Johor

Percutian Rare Malaysia MOTAC

Syurga glamping (perkhemahan mewah) yang tidak diketahui ramai ini terletak di Kota Tinggi Johor. Tidur didalam Bell Tent disamping flora dan fauna. Tidak perlu bawa sleeping bag atau membina unggun api untuk memasak, di sini segalanya disediakan, perkelahan mewah alaf baharu seperti namanya sendiri.

4. Seaventures Dive Resort, Sabah

Percutian Rare Malaysia MOTAC

Pelantar minyak bukan satu tempat biasa dikaitkan dengan destinasi percutian yang menarik, tetapi ini berubah apabila wujudnya Seaventures Dive Resort. Resort ini terletak di Sipadan, Sabah berdekatan dengan Pulau Mabul.

5. Sailors Rest, Pahang

Percutian Rare Malaysia MOTAC

Jika anda mencari pengalaman bermalam di atas sebuah bot, anda boleh mencuba penginapan di Sailor’s Rest Bentong, Pahang. Bot ini boleh memuatkan dua orang dan mempunyai tempat rehat dan ruang tamu yang tersendiri.

6. Glamz at Genting, Pahang

Percutian Rare Malaysia MOTAC

Ini bukan glamping biasa, tetapi glamping yang sangat mewah bagi anda yang ingin merasai pengalaman berkhemah dengan penuh glamour. Lokasinya adalah di Glamz At Genting di Jalan Meranti, Genting.

7. Eagle Ranch Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan

Percutian Rare Malaysia MOTAC

Di sini anda berpeluang untuk menginap di rumah berbentuk Tipi (kemah kaum Native American) dan badwagon yang dibina menyerupai sebuah wagon Cowboy. Dengan Wild West, pelbagai aktiviti menarik dan mencabar dalam hutan boleh dilakukan dan amat sesuai untuk mereka yang mencari tempat aktiviti team building.

Sekali-sekala cubalah merasai tempat bermalam yang unik ini dan pastinya tidak ada di negara-negara lain kerana kita memiliki banyak kawasan alam semula jadi yang luar biasa untuk dinikmati.

Sumber: MOTAC