8 Tips Penjagaan Peti Ais Daripada Berbau

Penting untuk memastikan peti ais sentiasa berada dalam keadaan bersih daripada makanan juga barang basah yang telah lama. Jika dibiarkan, peti ais akan berbau busuk. Bagi mengelakkan itu berlaku, anda boleh mencuba beberapa tips penjagaan peti ais supaya sentiasa bersih dan wangi.

Sumber: The Awesome Ummi

1. Kerap membuat pembersihan peti ais. Sentiasa peka terhadap tarikh beli dan tamat tempoh makanan yang diletakkan dalam peti ais.

2. Lap bahagian peti ais yang melekat dengan kotoran tumpahan makanan ataupun minuman manis.

3. Tetapkan suhu peti ais pada tahap optimum.

4. Untuk mendapatkan bau wangi dalam peti ais, gunakan bebola kapas yang telah siap dibasahkan dengan esen vanila.

5. Selain vanila, lemon juga boleh digunakan untuk memberikan bau wangi dan segar.

6. Elakkan daripada menyimpan makanan terlalu lama dalam peti ais. Ini kerana, ia boleh mengeluarkan bau yang kurang enak.

7. Untuk kotoran melekat seperti minyak, lapkan dengan kain basah yang telah dicelup cuka.

8. Simpan makanan dan barang basah ke dalam bekas tertutup.

Jika anda mempunyai tips penjagaan peti ais selain di atas, boleh kongsikan kepada kami.
‘Sharing is caring.’