9 Kafe Cantik Dan Popular Wajib Terjah Di Sekitar Kuala Lumpur

Kafe Popular Wajib Terjah KL

Kafe Cantik Dan Popular Wajib Terjah Di Sekitar Kuala Lumpur.

Kedai kopi moden atau lebih dikenali sebagai kafe hipster sebenarnya terma yang baru untuk rakyat Malaysia.

Asalnya idea kafe ini diambil dari konsep barat yang rakyatnya sukakan tempat untuk bersantai sambil minum kopi.

Kewujudannya di Malaysia bagai cendawan tumbuh selepas hujan dan sejak 2015 ia semakin berkembang.

Ramai memilih untuk mencuba kafe-kafe moden yang wujud di sekitar kawasan mereka terutamanya golongan muda yang suka bersantai dan lepak bersama kawan-kawan.

9 Kafe popular wajib terjah di sekitar Kuala Lumpur

1. Lisette’s Cafe & Bakery

Kafe Popular Wajib Terjah KL
Sumber: Klfoodie

Terletak di Bangsar, kafe sesuai untuk mereka yang mencari pelbagai jenis roti menarik dan segar dibakar.

Alamat: No. 8, Jalan Kemuja, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 8am – 6pm (Setiap hari)

2. Merchant’s Lane

Kafe Popular Wajib Terjah KL
Sumber: Vkeong

Antara kafe tumpuan di Petaling Street dan juga dikenali kafe vintaj di kawasan ini. Kafe ini menghidangkan makanan Malaysia dan barat.

Alamat: 150, Jalan Petaling, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 1130am – 930pm (Hari Minggu), 930am – 930pm (Hujung Minggu), Tutup hari Rabu

3. Naj & Belle Bangsar

Kafe Popular Wajib Terjah KL
Sumber: J & D Learn To Blog

Sesuai untuk mengadakan parti dan majlis kecil-kecilan. Jika anda penggemar pencuci mulut, wajib cuba watermelon lychee cake mereka yang cukup menyegarkan!

Alamat: Jalan Tandok, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 10am – 9pm (Setiap hari)

4. Tapestry

Kafe Popular Wajib Terjah KL
Sumber: Option, The Edge

Sesuai untuk brunch (sarapan + makan tengah hari). Ada bebera pilihan untuk menu sandwic dan smoothie bowl.

Alamat: 28, Jalan Kamunting, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 8am – 4pm (Setiap hari)

5. Tujoh Cafe

Kafe Popular Wajib Terjah KL
Sumber: Becky-Wong

Tempat dan suasana kedai yang amat cozy. Pastikan buat tempahan dahulu sebelum ke kafe ini kerana boleh dikatakan sering dipenuhi dengan orang ramai. Datang di sini boleh cuba smoked duck creamy pasta mereka.

Alamat: 617, Jalan 17/10, Seksyen 17, 46400 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 11am – 11pm (Setiap hari)

6. Luckin Kopi

Kafe Popular Wajib Terjah KL
Sumber: Follow Me To Eat La

Popular dengan hidangan kopi mereka. Kafe ini menyajikan masakan Malaysia dalam suasana kopitiam yang lebih moden. Dikatakan hidangan nasi lemak di sini paling sedap.

Alamat: 14, Jalan Panggong, City Centre, 50000 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 8am – 6pm (Setiap hari)

7. Daun

Kafe Popular Wajib Terjah KL
Sumber: Have Halal Will Travel

Boleh dikatakan sini adalah antara syurga pencuci mulut dan pastri. Sesuai untuk mengadakan majlis kecil-kecilan seperti majlis hari jadi.

Alamat:
Block B, Level 2, MAHSA Avenue Jalan Universiti, off, Jalan Ilmu, 59100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
10am – 9pm (Setiap hari), Tutup hari Isnin

8. Therefore

Kafe Popular Wajib Terjah KL
Sumber: Eat Drink KL

Kafe kasual yang menyajikan sarapan pagi, makanan ruji dengan hidangan twist Malaysia seperti hidangan utama dan pasta, serta beberapa pilihan pencuci mulut. Sesuai untuk bersantai dengan rakan dan keluarga.

Alamat: Lot 02-G, Menara Symphony, No, 5, Jalan Professor Khoo Kay Kim, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 11am – 6pm (Setiap hari), tutup hari Isnin

9. Feeka

Kafe Popular Wajib Terjah KL
Sumber: Saimatkong

Sesuai untuk berlepak sambil mengulang kaji. Kafe ini bertemakan minimalis tetapi memang sedap dipandang mata. Boleh menikmati pelbagai hidangan brunch di sini seperti breakfast bowls dan pelbagai jenis pastri yang enak. Kafe ini juga terkenal di KL dengan hidangan kopi yang cukup kaw!

Alamat: Feeka Coffee Roasters, 19, Jalan Mesui, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 8am – 11pm (Setiap hari)