Ada Kelebihan Bercuti Pada Musim Tengkujuh Sebenarnya

Sumber: Wanista

Keinginan adakan percutian di pulau atau di tepi pantai kadang-kala terbantut apabila tiba musim tengkujuh. Musim Monsun Timur Laut merupakan musim tengkujuh negara kita yang bermula dari bulan November hingga Mac.

bercuti musim tengkujuh
Sumber: Youtube

Ia sering menyebabkan banjir besar di negeri-negeri pantai timur iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur serta negeri Sarawak yang dilihat memberi impak kepada sektor pelancongan dan hospitaliti.

Negeri Terengganu mempunyai paling banyak pulau peranginan. Namun disebabkan keadaan laut yang tidak begitu baik, feri dan bot tidak dapat membawa penumpang berkunjung ke pulau-pulau pada masa ini sekaligus memaksa resort dan hotel di sana terpaksa menghentikan operasi buat sementara.

BACA: Terengganu Tutup Pusat Peranginan Oktober Ini

Walaupun pengusaha resort dan hotel mengharapkan kedatangan para pelancong pada musim tengkujuh, namun keselamatan masih menjadi keutamaan. Tetapi sejauh manakah kebenaran jika ia menjejaskan perkhidmatan resort dan hotel apabila tiba musim tengkujuh?

Seperti apa yang dibicarakan pengurus Resorts World Kijal, Ragunathan Kathirgamu melihat apabila musim tengkujuh tiba, semua hotel dan resort perlu menyesuaikannya dengan fenomena ini.

bercuti musim tengkujuh
Sumber: Resorts World Kijal

Katanya lagi, walaupun hujan yang turun menghijaukan padang golf mereka, namun banyak duit perlu dilaburkan untuk menjalankan kerja penyelenggaraan.

Lokasi Resorts World Kijal terletak di perairan pantai Terengganu tidak mengalami gangguan besar monsun seperti resort yang berada di pulau. Melihat pada itu, resort-resort di pantai Terengganu masih beroperasi dan menerima kunjungan para pelancong.

Sesetengah pelancong sengaja untuk bercuti di kawasan pelancongan yang menerima monsun kerana ingin merasai pengalaman melancong pada musim itu. Kebanyakan pelancong datang dari negara-negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina.

Hal ini berikutan tidak ramai pelancong datang bercuti dan menjadikannya lebih privasi berada di hotel. Mereka yang datang hanya ingin bersantai diĀ  beranda hotel sambil melihat pemandangan laut.

Pada musim tengkujuh, sekali sekala pelancong dapat melihat langit cerah pada waktu pagi walaupun pada petangnya hujan. Ia masih memberi para pelancong dapat bersantai di luar hotel.

Walaupun keadaan air laut tidak begitu jernih untuk aktiviti menyelam dan snorkeling, aktiviti papan luncur air masih dapat diteruskan. Selain itu, setiap tahun Terengganu mengadakan acara Monsoon Challenge Sailing GP iaitu acara sukan tradisional seperti mendayung sampan (bot kecil) dan luncur angin yang turut mengumpulkan para peserta dari Thailand, Indonesia dan Jepun.

bercuti musim tengkujuh
Sumber: Sail World

Apa manfaat yang anda dapat jika adakan percutian pada musim tengkujuh?

Pada musim ini, pengunjung dapat tawaran kadar rendah bilik dan pelbagai aktiviti lain yang pengunjung tidak dapat lakukan semasa musim biasa. Untung bukan?

Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan seperti memancing, mencari ikan yang terdampar di pantai selepas ombak kuat dan melawat sekitar kawasan bandar, serta aktiviti rekreasi lain dalam kawasan hotel.

Yang pastinya, pengunjung dapat menyaksikan keindahan pelbagai perubahan ombak mengikut angin. Fenomena ini merupakan sesuatu yang jarang dilihat setiap hari.

Selalunya kita akan kaitkan musim tengkujuh dengan perkara bahaya, namun kita harus hargainya dengan melihat dari perspektif berbeza kejadian alam semula jadi ini kerana persekitaran yang ada di Malaysia ini tidak ada di negara-negara lain.

Sumber: Star 2