Adakah Anda Bersedia Untuk Pedas Level ‘Pedas Mampus’?

Warung abang adek
Kredit: Indonesia Flight

Sering kali kita melihat video dimuat naik di YouTube untuk melakukan ‘challenge’┬ámenahan kepedasan sewaktu makan mi segera Samyang. Cukuplah dengan kepedasan mi segera Samyang dan Maggi Pedas Giler, sahutlah cabaran baru dengan makan mi segera Indomie yang mempunyai kepedasan yang ekstrem di Warung Indomie Abang Adek yang terletak di Jakarta.

Warung Abang Adek yang terletak di daerah Tomang, Jakarta Barat ini merupakan warung yang popular di bibir-bibir para penduduk di Jakarta sejak tahun 2002 lagi. Warung ini menjadi sangat popular akan keunikan menu mi segera Indomie yang mempunyai tahap kepedasan melampau sehingga 150 biji cili api atau dikenali sebagai “cabe rawit” di Indonesia. Terdapat 5 tahap kepedasan yang para pelanggan boleh memesannya termasuklah:

1. Pedas sedang (tahap pertama) : 10 biji cili
2. Pedas biasa (tahap kedua) : 25 biji cili
3. Pedas garuk (tahap ketiga) : 50 biji cili
4. Pedas gila (tahap keempat) : 75 biji cili
5. Pedas mampus (tahap kelima) : 100 biji cili

Sekiranya ada yang merasakan bahawa 100 biji cili itu tidak mencukupi, anda boleh memesan untuk kepedasan tersendiri seperti sebanyak 500 biji cili. Bunyi seperti tidak logik untuk dihadam tetapi ada yang memesan cili sebanyak ini. Kata pengusaha Warung Abang Adek, ia menjadi kebiasaan di warung ini yang keadaannya bising dengan teriakan para pelanggan kerana menahan kepedasan dan situasi ini dibenarkan.

Kepada sesiapa yang merasakan bahawa Maggi Pedas Giler atau mi segera Samyang itu tidak pedas, anda bolehlah memasang niat untuk melancong ke Jakarta dan memasukkan Warung Indomie Abang Adek ini sebagai salah satu tempat yang patut anda pergi untuk mencabar diri anda. Hidangan ini seolah-olah cili berlaukkan mi segera dan anda patut membeli susu atau yogurt sebelum anda menikmati hidangan ini.