Adik Nafi Abang Sengaja Tinggal Ibu Di RnR

Berita tertinggal ahli keluarga di kawasan Hentian Rehat dan Rawat (RnR) pada musim perayaan sudah acap kali kedengaran. Baru-baru ini, kecoh seorang wanita warga emas berusia 75 tahun yang tertinggal di RnR Bukit Besi menghala ke Kuantan semasa dalam perjalanan ke Terengganu.

Disebabkan itu, ramai netizen yang bertindak mengecam pasangan tersebut kerana merasakan ianya adalah mustahil untuk mereka lambat menyedari hal tersebut dan menuduh mereka sengaja mahu meninggalkan warga emas itu di sana.

Tampil mempertahankan abangnya, Batiah Mahadi membuat satu kenyataan di Facebook mengatakan dengan keadaan abangnya yang kurang sihat dan kebetulan kakak iparnya sedang tidur, perkara tersebut berlaku secara tidak sengaja.

Kami sekeluarga maafkan sahaja. Walaupun banyak sgt yang tak betul. Kata-kata tohmahan dan mcm2 dilemparkan pd kami. Tak…

Posted by Batiah Mahadi on Sunday, June 9, 2019

Gara-gara tergesa-gesa mahu mengelak daripada kesesakan lalu lintas, lelaki berusia 40-an telah tertinggal ibunya setelah berhenti untuk membenarkan isterinya ke tandas di RnR Bukit Besi kira-kira jam 8 pagi.

Sementara menunggu isterinya di dalam kereta bersama ibunya, lelaki tersebut tertidur dan tidak menyedari ibunya turut keluar ke tandas meneruskan perjalanan setelah isterinya kembali.

Warga emas yang menyedari kereta anaknya tiada di kawasan parkir meminta bantuan orang ramai yang berusaha menghantarnya menaiki bas yang berhenti di RnR namun semua pemandu bas khuatir untuk mengambilnya.

Sejam setengah kemudian, dua anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sedang meronda di kawasan tersebut menghantar ke Balai Polis Bukit Besi. Warga emas itu kemudiannya diambil oleh anak perempuannya yang tinggal di kawasan Bukit Payong.

Tertinggal Ibu Di RNR 3

Kejadian itu hanya disedari anaknya ketika mereka berhenti di RnR Gambang, iaitu 196 kilometer jaraknya dari RnR Bukit Besi berpatah balik ke sana untuk mengambil ibu mereka.

Sumber: Astro Awani

Terliur pula tengok mereka makan.

Review McDonald’s Chicken Foldover & Nasi McD [#MLTapao – MakanLena]

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.