Ahli Parlimen Slovenia Letak Jawatan Selepas Curi Sandwic

curi sandwic letak jawatan
Sumber: BBC

Seorang ahli parlimen Slovenia, Darij Krajcic meletak jawatan selepas melakukan cubaan mencuri sandwic di sebuah kedai di Ljubljana.

Ketika itu, beliau keluar dari pejabatnya untuk mendapatkan sandwic, menunggu beberapa minit sementara tiga pembantu di kedai itu tidak perasan dengan kehadirannya kerana sibuk berbual.

curi sandwic letak jawatan
Sumber: Boing Boing

 

Katanya, dia berjalan keluar terus setelah mengambil sandwic tanpa dibayar, tiada siapa yang mengejar dan berteriak.

Beliau memberi alasan tidak dilayan dan memutuskan untuk menguji kecekapan keselamatan di kedai itu dan berjalan keluar tanpa membuat bayaran. Insiden itu tidak disedari tetapi ahli parti Marjan Sarec List (LMS) itu kemudiannya kembali ke kedai berkenaan untuk membayar harga sandwic tersebut.

Walau bagaimanapun, Krajcic telah membuat permohonan maaf dan memaklumkan beliau menyesal dengan eksperimen sosial itu. Beliau juga berkata, ini merupakan kali pertama melakukan hal sedemikian.

Biarpun ahli parti itu rata-ratanya tidak kisah dengan apa yang dilakukan Krajcic, namun dia membuat keputusan meletak jawatan.

Wakil LMS, Brane Golubovic berkata, Krajcic mengambil tanggungjawab atas tindakannya dan meletakkan jawatannya secara sukarela.

Akibat satu eksperiman sosial pun, boleh buat beliau rasa bersalah sehingga meletakkan jawatan. Ini barulah dikatakan pemimpin yang amanah.

Sumber: Total Slovenia News

Peminat Anime, jika pergi ke Jepun jangan lupa ke

7 tempat wajib singgah oleh peminat anime di Jepun

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

7 Tempat Wajib Singgah Oleh Peminat Anime Di Jepun

Minat Anime, tapi pergi Jepun makan sushi dengan mee udon saja? Apa barang? Nah pergi sini.

Posted by MakanLena on Friday, February 8, 2019