Rata-rata bagi pelanggan setia penerbangan AirAsia pasti pernah merasai keenakan Nasi Lemak Pak Nasser. Sehingga ada yang sanggup menempah tiket penerbangan tambang rendah ini semata-mata untuk merasai makanan popular dalam penerbangan mereka.
Hanya kerana nasi lemak i took flight at 6am early morning today to bintulu then back to KL at 4pm the same day. Haha pastu flight delay and kena transit kat JB before sampai kl. penat 😫#AirAsia pic.twitter.com/qG4sIGjn43
— iqeekacak (@iqeekacak) January 17, 2019
Ada juga yang mengidam walaupun tahu hakikatnya Nasi Lemak Pak Nasser tidak dijual di luar penerbangan.
Hi @AirAsia isteri saya mengandung anak ketiga dan dia mengidam nasi lemak pak nasser. persoalannya adakah nasil lemak ni dijual dekat luar? pic.twitter.com/AfvgmD0kEi
— Azham Hj Johari (@amsuda) October 30, 2018
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tony Fernandes menyatakan bahawa mereka bercadang untuk membuka restoran makanan segera berasaskan menu dalam penerbangan yang diberi nama Santan.

Santan merupakan nama menu dalam penerbangan AirAsia. Perancangan ini sebagai maklum balas kepada soalan penonton ketika beliau mempromosikan buku autobiografinya yang berjudul Flying High: My Story: From AirAsia to QPR.
Antara hidangan popular Santan seperti Nasi Lemak Pak Nasser, Bukhara Chicken Briyani dan Nasi Ayam Uncle Chin. Jadi, jika restoran ini sudah dibuka, tidak perlu membuat tempahan tiket penerbangan semata-mata untuk merasai keenakan hidangan makanan dalam penerbangan ini.
Setakat ini, tarikh dan lokasi restoran makanan segera AirAsia belum diberitahu. Walau bagainamapun, ia merupakan satu idea yang bernas kerana tidak banyak restoran makanan segera di Malaysia yang menjual hidangan set lengkap seperti nasi lemak.
Sumber: The Star
Punyalah kreatif orang Malaysia ni.
6 menu nasi lemak unik di Malaysia
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.
6 Menu Nasi Lemak Unik Di Malaysia
Ingat burger hari tu dah cukup unik. Macam-macam lagi ada. Mana tak lemak rakyat Malaysia.
Posted by MakanLena on Tuesday, February 12, 2019