AirAsia Rai Pembukaan Laluan Okinawa Dengan Tawaran Harga Tak Masuk Akal

Mansuh Yuran Pemprosesan AirAsia

Rabu lalu, Air Asia semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai syarikat penerbangan Malaysia dengan jaringan hubungan dan kapasiti tertinggi di Jepun dengan mengumumkan laluan terbaharu dari Kuala Lumpur ke Okinawa Naha.

Dengan kekerapan empat kali seminggu melalui Taiper, laluan ini akan mula beroperasi pada 22 Januari 2020 (tertakluk kepada kelulusan kawal selia) dan akan menjadi destinasi antarabangsa AirAsia yang ke-6 di Jepun selepas Tokyo (Haneda dan Narita), Osaka, Sapporo, Fukoka dan Nagoya (melalui Bangkok).

AirAsia Okinawa

Okinawa menjadi salah satu destinasi pilihan pelancongan pelancong global bukan sahaja kaya dengan budaya Jepun tetapi turut dikelilingi pulau yang indah, pantai yang bersih serta hidangan istimewa Ryukyu.

Penawaran perkhidmatan penerbangan ke Okinawa ini akan mengukuhkan jaringan hubungan serantau dan membolehkan lebih ramai pelancong untuk datang berkunjung dan merasai pengalaman budaya yang ditawarkan di sini.

AirAsia Okinawa 1

Untuk ahli BIG, anda berpeluang merasai pengalaman ini dengan harga tambang serendah RM239 bagi perjalanan sehala tempat duduk biasa dan RM899 untuk tempat duduk Premium Flatbed bermula dari sekarang hingga 2 November ini bagi tempoh perjalanan antara 22 Januari 2020 hingga 27 Mac 2020.

Untuk ketahui promosi lain, anda bolehlah layari laman media sosial rasmi AirAsia atau pun AirAsia untuk info lanjut.

Sumber: Newsroom AirAsia

Harapnya IKEA buat lagilah menu durian ini.

Review Kek, Puff, Tart dan Freppe Durian [#MLTapao – MakanLena]

dan jangan lupa subscribe YouTube MAKANLENA.