AirAsia Sediakan Penerbangan Khas Ke Hanoi Sempena Piala AFF Suzuki 2018

AirAsia Tiket Hanoi Piala AFF
Sumber: MStar

Kejayaan pasukan Harimau Malaya mara ke final kedua Piala AFF Suzuki 2018 pada 15 Disember di Hanoi memang mengujakan seluruh rakyat Malaysia. Keterujaan ini dapat dilihat dengan jumlah tiket yang terjual semasa aksi final pertama di Stadium Bukit Jalil ialah sebanyak 80,000 (atas talian dan kaunter).

AirAsia Tiket Hanoi Piala AFF
Sumber: MStar

Keterujaan ini turut dikongsi AirAsia yang akan menawarkan tiket penerbangan khas ke Hanoi bergantung kepada permintaan peminat bola sepak dan prestasi pasukan negara semasa perlawanan final pertama pada 11 Disember ini.

Jumlah pesawat yang disediakan masih lagi tidak diketahui kerana AirAsia masih menantikan kelulusan daripada pihak berkuasa lapangan terbang Hanoi. Penyediaan penerbangan tersebut adalah langkah bagi memastikan bahawa pasukan negara mendapat sokongan padu untuk memenangi perlawanan tersebut.

AirAsia turut menyediakan pesawat khas yang menerbangkan penyokong Harimau Malaya terutamanya ahli kelab Ultras Malaya di Stadium Nasional Rajamangala, Thailand pada aksi separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 5 Disember lalu.

Sumber: Sinar Harian Online