AirAsia Terbang Terus Ke Kota Musim Bunga, Kunming Dari Kota Kinabalu

kunming

AirAsia terus memperluaskan rangkaian hubungannya dari Sabah ke barat daya China dengan melancarkan laluan terus baharu dari Kota Kinabalu ke Kunming bermula 30 November 2018.

Airasia

Penerbangan empat kali seminggu tersebut menandakan laluan keempat Kumpulan AirAsia ke ibu kota wilayah Yunnan selepas Kuala Lumpur, Malaysia serta Bangkok dan Phuket, Thailand. Ia juga merupakan laluan antarabangsa ke-10 AirAsia dari hab Kota Kinabalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat, mereka berbesar hati untuk menawarkan penerbangan terus dari Kota Kinabalu ke Kunming, ibu kota dan bandar terbesar di Yunnan. Kunming juga dikenali sebagai ‘Kota Musim Bunga’ dan terkenal dengan iklim yang nyaman dan bunga yang mekar sepanjang tahun, serta merupakan pintu masuk ke barat daya China.

Laluan baharu ini juga merupakan komitmen AirAsia untuk terus mengembangkan Kota Kinabalu sebagai hab mereka di Sabah. AirAsia telah melancarkan tiga laluan antarabangsa dari Kota Kinabalu pada tahun ini ke Bangkok, Macao dan kini Kunming. Mereka juga akan menggandakan penerbangan dari Kota Kinabalu ke Shenzhen bermula 1 November 2018. Sehingga kini, AirAsia telah membawa lebih daripada 700,000 orang tetamu antara China dan Kota Kinabalu, dan mereka yakin laluan baharu ini akan meningkatkan lagi kedatangan pelancong.

AirAsia kini menawarkan tambang termasuk semua untuk ahli daripada RM138* dari Kota Kinabalu-Kunming, yang tersedia di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia bermula hari ini hingga 28 Oktober 2018 untuk tempoh perjalanan antara 30 November 2018 dan 30 Mac 2019.

Setiap hari seperti musim bunga di Kunming, dengan cuaca yang nyaman sepanjang tahun. Ibu kota wilayah Yunnan ini juga terkenal dengan kepelbagaian budaya termasuklah 25 kumpulan etnik berbeza yang membentuk perpaduan budaya dan warisan. Selain itu, ia menawarkan keajaiban alam seperti pembentukan batu kapur di Shilin (Stone Forest), tapak Warisan Dunia UNESCO, Gua Jiu Xiang dan Kawasan Tanah Merah Dongchuan.

Dengan lokasi geografi yang unik, Yunnan menjadi hab utama di barat daya China untuk inisiatif One Belt, One Road, yang akan menyediakan peluang perdagangan dan eksport baharu antara China dan Asean serta Asia Selatan.

*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja. Tambang yang dipaparkan hanya untuk Ahli BIG sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat.

kunming

Sumber: Newsroom AirAsia