Akhirnya Pulau Kukup Kembali Sebagai Taman Negara Johor

Pulau Kukup
Sumber: Johor Park

Pada 4 Disember 2018, tularnya salinan Warta Kerajaan Johor yang bertarikh 24 September berhubung pembatalan rizab Pulau Kukup sebagai Taman Negara di laman media sosial.

Menurut Warta Kerajaan Johor tersebut, pembatalan keseluruhan kawasan yang diisytiharkan sebagai Taman Negara Pulau Kukup adalah berdasarkan kuasa diberi mengikut Subseksyen 3(3) Enakmen Perbadanan Taman Negara Johor (1989). Dengan keluasan 1,147 hektar, Pulau Kukup merupakan kedua terbesar dan terkenal sebagai pulau hutan paya bakau tidak berpenghuni.

Satu-satunya perairan di negeri Johor, Pulau Kukup merupakan kawasan berkepentingan antarabangsa di bawah Konvensyen Ramsar dan menjadi tempat persinggahan burung migrasi, tempat pembiakan dan perlindungan hidupan liar terancam.

Pulau Kukup
Sumber: Sini

Penukaran status pulau ini bukan hanya akan memberikan kesan kepada pengiktirafannya sebagai khazanah negara tetapi juga akan menjejaskan sumber perikanan dan akuakultur negara. Selain itu, reputasi negara dalam pemuliharaan biodiversiti dan usaha-usaha yang telah dilakukan untuk mengiktiraf Mersing sebagai Geopark Kebangsaan dijangka akan turut terjejas.

Namun selepas kontrovesi ini melanda, akhirnya Tunku Mahkota Johor mengumumkan di laman Twitternya bahawa Pulau Kukup masih lagi dikekalkan sebagai Taman Negara Johor dan akan menjadi produk pelancongan negeri Johor Darul Ta’zim.

Sumber: Sinar Harian Online