Alahan Kepada Kekacang Boleh Bawa Maut Jika Dibiarkan

Alahan Kekacang
Sumber: Rasa

Dengan makan kekacang seperti walnut, badam, gajus dan pistacio, anda boleh mengurangkan risiko penyakit jantung. Jika anda amalkan makan kacang 2 atau 3 kali seminggu, risiko penyakit tersebut boleh berkurangan sekitar 15% hingga 23%.

Walaupun kacang baik untuk kesihatan tubuh sebagai diet pemakanan sihat, ada sesetengah daripada kita mempunyai alahan pada jenis kekacang ini. Alahan ini akan menyebabkan badan bertindak balas melawan kekacang sebagai makanan yang bahaya kepada tubuh.

Tindak balas yang berpunca sama ada melalui pemakanan, penyentuhan atau terhidu kekacang juga boleh berlaku apabila allergen protin dalam kacang mengeluarkan antibodi untuk melawan allergen tersebut.

Alahan Kekacang
Sumber: Twitter Sinar Harian

Antara tanda-tanda alahan kekacang adalah:

1. Kulit berbintat, gatal dan kemerahan.
2. Mata berair.
3. Kelopak mata bengkak.
4. Tekak terasa sempit.
5. Nafas berbunyi.
6. Muntah.
7. Sakit perut.
8. Cirit birit.

Jika anda menunjukkan tindak balas seperti ini selepas makan kekacang, sila dapatkan rawatan secepat mungkin kerana ianya boleh menyebabkan koma dan kematian.

Sekiranya anda alah pada kekacang, anda perlu menjadi lebih teliti, antaranya langkahnya ialah:

1. Semak semua label makanan dengan teliti.
2. Sentiasa bawa peralatan makanan sendiri (elakkan berkongsi).
3. Sediakan senarai pelan tindakan kecemasan (jika anak anda mengalami alahan).

Jangan lupa untuk dapatkan petua-petua pengawasan pemakanan yang betul daripada doktor. Ini kerana alahan adalah satu penyakit yang memerlukan prosedur pengawasan yang betul.

Sumber: My Health