Ambil Tahu Senarai Barang Terlarang Sebelum Travel Ke Jepun

Barang Dilarang bawa Jepun
Sumber: Wisata Muda

Selain negara jiran, Jepun antara pilihan yang sering dikunjungi rakyat Malaysia. Ditambah pula Jepun memansuhkan penggunaan visa bagi pelancong Malaysia ke negara itu sejak 2013, memang melonjaklah kemasukan pelancong ke sana.

Walau bagaimanapun, belum boleh menarik nafas lega hanya kerana tidak perlu visa. Untuk memudahkan urusan ada di bahagian imigresen dan kastam tanpa disoal siasat dengan panjang lebar, eloklah anda peka dengan barangan yang tidak boleh dibawa ke Jepun.

Tidak semudah itu anda dapat lepaskan diri dari bahagian imigresen jika ada kesalahan lampau seperti pernah direkodkan kesalahan menggunakan tiket ‘melancong’ tetapi sebenarnya hanya untuk bekerja secara haram.

Selain itu, sukar untuk mereka travel ke Jepun jika umur pasport kurang dari enam bulan (kebiasaannya jika pihak imigresen Malaysia dapat tahu, mereka tidak bagi keluar). Bukan itu sahaja, mereka yang tidak berapa sihat dan disyak membawa penyakit berjangkit juga tidak dibenarkan travel.

Barang Dilarang bawa Jepun
Sumber: Live Japan

Selepas proses di imigresen, perlu melalui bahagian kastam untuk pemeriksaan barang secara rawak. Walaupun tidak dihalang untuk pulang ke Malaysia semula, jika membawa barang larangan anda akan didenda.

Antara barang larangan yang tidak boleh dibawa masuk ke Jepun:

1. Dadah – ini semua negara memang tidak benarkan dadah dibawa masuk.
2. Senjata dan seangkatannya.
3. Barang-barang palsu terutama untuk tujuan menjual.
4. Barang yang diperbuat daripada binatang dan terutama spesis terancam.
5. Beberapa ubat-ubatan dari Malaysia.
6. Tanaman seperti buah-buahan, sayur-sayuran, beras (ada yang perlukan surat kebenaran jika mahu dibawa masuk).
7. Daging dan makanan proses seperti sosej dan ham.

Jika mahu bawa barangan di atas selain dadah dan senjata, isytiharkan dahulu barangan tersebut. Jika tidak dan sekiranya tertangkap, boleh dikenakan hukuman iaitu

1) DENDA sehingga 1,000,000 yen (lebih kurang ~RM40,000)
2) PENJARA kurang dari 3 tahun
3) atau kedua-duanya sekali

Jadi, jika mahu bawa juga barangan berkenaan, atas risiko dan tanggungjawab sendiri. Lagi pun tidak perlu risau kerana banyak juga makanan halal di sana.

Sumber: Wan Ab Aziz