Amerika Syarikat Mahu Hidang “Daging Makmal”

daging makmal
Sumber: Slate Magazine

Negara-negara barat sudah memperkenalkan satu produk makanan masa hadapan iaitu daging tanpa perlu melalui proses penyembelihan. Produk makanan itu dikenali sebagai “daging makmal” iaitu daging yang dibiakkan daripada sel haiwan diluar badan haiwan.

daging makmal
Sumber: Cleantechnica

Pihak berkuasa Amerika Syarikat baru-baru ini bersepekat untuk memulakan pengawalan sel kultur produk makanan daripada sel haiwan yang dikenali sebagai “daging makmal” untuk hidangan rakyat mereka.

Pihak Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) dan Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) bersetuju untuk bekerjasama dalam pengawalan sel kultur produk makanan tersebut. Walaupun butiran teknikal belum disahkan, FDA akan memantau kesemua sel yang dikumpulkan manakala USDA akan memantau pengeluaran dan pelabelan produk makanan.

Rangka kerja yang dipertanggunjgawabkan akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak kerana FDA akan mengawal teknologi sel kultur dan biosistem manakala USDA akan mengawal produk ternakan untuk penggunaan manusia. Mereka juga melihat perkara ini tidak memerlukan peraturan undang-undang.

Sudah ada beberapa makmal menghasilkan “daging makmal”, tetapi kos pengeluaran sangat tinggi dan setakat ini belum lagi dijual di pasaran. Pada masa ini, syarikat teknologi makanan Meat Memphis dan Mosa Meat di Belanda sedang berusaha untuk mengurangkan kos pengeluaran produk makanan mereka dengan bantuan beberapa industri makanan asas tani.

Penyokong “daging makmal” bersetuju dengan pengeluaran produk makanan ini, ia dapat mengurangkan penyembelihan binatang dan akan mengurangkan “penyeksaan” serta pelepasan gas rumah hijau. Ia juga dilihat sebagai pilihan mampan berperikemanusiaan untuk populasi manusia yang memerlukan protein dalam pemakanan pada masa hadapan.

daging makmal
Sumber: Aprio

Namun, pihak yang berkaitan masih belum sahkan persetujuan dengan organisasi pertanian di sana tentang kesahihan panggilan nama daging untuk “daging makmal” itu.

Jika “daging makmal” sudah mula dimakan oleh semua warga Eropah, berkemungkinan juga negara-negara Asia akan terlibat sama. Jadi, apa pandangan anda tentang “daging makmal” ini?

Sumber: Free Malaysia Today