Nak Anak Lelaki? Baca Tips Pemakanan Ini

Anak lelaki
Photo by MI PHAM on Unsplash

Merancang untuk memiliki anak lelaki mungkin jadi harapan beberapa pasangan suami dan isteri tidak kira ianya anak pertama atau anak bongsu mereka.

Meskipun belum terbukti secara klinikal, menurut penulis buku ‘What to Expect Before You’re Expecting’, Heidi Murkoff dan Sharon Mazel, makanan boleh mempengaruhi tingkat kesuburan pasangan yang pada akhirnya boleh membantu proses perjalanan sperma hingga menjadi anak lelaki.

Mesti ramai yang teruja untuk mencubanya, kan? Jadi, apakah jenis makanan tersebut? Semak ulasannya seperti yang diterbitkan di Livestrong:

1. Acar

Percaya atau tidak, menurut Heidi dan Sharon, mengambil makanan yang tinggi dengan natrium seperti acar dapat meningkatkan peluang anda untuk memiliki anak lelaki.

Garam dianggap dapat mempermudahkan sperma lelaki mensenyawakan sel telur. Makanan lain yang tinggi natrium termasuklah sup, atau sekadar telur yang dimasak lalu ditaburkan dengan garam adalah cara lain untuk meningkatkan kandungan natrium dalam badan anda.

Tapi jika anda adalah salah seorang pesakit darah tinggi, pastikan untuk berbincang dengan doktor anda sebelum meningkatkan pengambilan natrium.

2. Bijirin gandum

Bijirin gandum mengandungi kalium yang dapat meningkatkan peluang memiliki bayi lelaki.

Penulis ‘Chasing the Gender Dream’, Jennifer Merrill Thompson mengatakan, kalium bekerja sama seperti natrium.

“Bacalah label pada bijirin kegemaran anda untuk menentukan berapa kalium yang dikandungnya. Bila perlu, tambahkan hirisan pisang pada bijirin anda untuk meningkatkan kalium,” katanya.

3. Buah dan sayur

Buah secara semulajadi mengandungi kalium tinggi yang dapat memiliki kesank yang sama dengan bijirin gandum yang lain menurut catatan penulis ‘While You Are Expecting’, Rene Van De Carr dan Marc Lehrer.

Meningkatkan pengambilan buah seperti melon dan aprikot dapat membantu meningkatkan kadar kalium. Banyak sayuran juga kaya dengan kalium seperti kacang, kentang dan bayam. Taburkan sayuran dengan sedikit garam untuk menambah jumlah kalium supaya anda yang dapat meningkatkan peluang anda memiliki anak lelaki.

Ini antara kajian yang dijalankan oleh para saintis barat. Apa yang penting kita berusaha dahulu kemudian banyakkan berdoa serta bertawakkal agar dapat memiliki anak lelaki.

1 Trackback / Pingback

  1. Anak Sering Mengamuk Akibat Pengambilan Makanan Yang Salah

Comments are closed.