Anak Sering Mengamuk Akibat Pengambilan Makanan Yang Salah

anak mengamuk
Photo by Patrick Fore on Unsplash

Anda sebagai ibu bapa tentu pernah ternampak atau mengalami sendiri bagaimana serang kanak-kanak lingkungan umur setahun hingga 3 tahun mengamuk, berguling-guling di lantai, menangis, terjerit-jerit, marah, degil dan suka bergaduh, kan?

Mengamuk atau istilah khususnya disebut sebagai tantrum. Mengapa hal ini boleh berlaku? Banyak sebab atau punca mengapa anak buat perangai sehingga pening kepala kita dibuatnya lebih-lebih lagi jika berlaku di khalayak ramai. Pasti memalukan.

Tapi sedarkah kita bahawa corak pemakanan anak-anak juga sebenarnya menjadi salah satu penyebab terbesar kerana apa yang dimakan pasti akan menjadi darah daging, seterusnya membentuk karakter seseorang itu. Jom kenali bentuk-bentuk pemakanan yang menyumbang kepada masalah tantrum anak.

1. Produk tenusu

Tidak semua kanak-kanak normal dan mampu menerima segala produk tenusu. Jika anak anda jenis yang alergi kepada protein yang ada dalam produk tenusu, mereka akan menunjukkan gangguan kepada mood dan kelakuan lain iaitu bertukar menjadi agresif dan sensitif apabila terdedah kepada laktosa. Jadi, jangan bagi anak yang alergi ini sebarang produk berkaitan tenusu lebih-lebih lagi jika anda sekeluarga bercadang hendak keluar bersiar-siar.

2. Pewarna tiruan

Tentu kita tidak sedar bahawa pewarna tiruan yang banyak terkandung dalam makanan ringan, kuih dan kek mempunyai kaitan rapat dengan masalah ADHD, hiperaktif dan perubahan tabiat. Kebanyakan ibu ayah terlepas pandang dan hanya menyalahkan gula semata-mata. Jadi, berhati-hati dengan kehadiran pewarna tiruan ini yang selalunya tersembunyi dalam setiap makanan yang anda beri atau apa yang anak anda sukai.

3. Gula-gula

Kanak-kanak memang pantang nampak gula-gula. Jika diambil melebihi paras yang normal ia akan menyebabkan kanak-kanak menjadi terlalu aktif. Malahan kandungan gula yang tinggi dalam makanan juga merupakan antara penyebab utama masalah kesihatan untuk jangka panjang.

BACA: Nak Anak Lelaki? Baca Tips Pemakanan Ini

4. Bahan pengawet

Sekiranya anda suka memberi anak makan makanan proses, sila berwaspada ya! Hal ini kerana, makanan proses seperti makanan dalam tin dan produk sejuk beku mengandungi banyak bahan pengawet. Pemakanan yang kaya dengan bahan pengawet akan mempengaruhi perubahan perasaan kanak-kanak, perkembangan terbantut dan mempunyai masalah tidur.

5. Bahan perasa

Pemberian makanan yang mengandungi bahan perasa tiruan seperti monosodium glutamate (MSG) boleh menyebabkan kanak-kanak sering berasa sakit kepala serta sering bertindak agresif dan hiperaktif.

Jadi, berhati-hatilah ketika memberi makanan kepada anak-anak. Berilah makanan yang berkhasiat dan mengikut sunnah, mudah-mudahan anak-anak anak dapat membesar dengan sihat, cergas dan bijak serta jarang dihinggapi penyakit selain karakter anak yang terbentuk nanti menyejukkan hati para ibu bapa sekalian.