Anda Wajib Download Apps Ini Bila Bercuti Di Seoul

seoul

Sejak akhir akhir ini ramai yang suka pergi bercuti tanpa menggunakan khidmat agensi pelancongan kerana ianya lebih fleksibel dan mudah tetapi untuk melancong di negara yang masih kuat menggunakan bahasa tempatan mereka dan bahasa inggeris yang minimal sudah tentu terasa cuak nya juga.

Jangan risau, setiap masalah pasti ada solusinya. Anda hanya perlu download apps ini untuk memudahkan pergerakan anda bila tiba di Seoul, Korea Selatan.

1. Subway

Hampir semua tempat di Seoul boleh di akses dengan keretapi subway. Aplikasi ini adalah sangat membantu untuk merancang perjalanan anda dan ianya boleh digunakan secara offline (tanpa internet). Harus diingat, di setiap satu station itu boleh jadi ada tiga hingga lima pintu keluar dan ia agak berjauhan. Dengan menggunakan app ini, anda boleh rancang exit mana yang mempunyai kemudahan lif, exit mana lebih dekat dengan destinasi akhir anda. Bagi yang travel bersama stroller anak kecil, ini sangat memudahkan perjalanan anda sepanjang di sana.

2. Waygo

App ni boleh mengesan tulisan korea, cina dan jepun, jadi hanya perlu snap gambar yang mempunyai tulisan korea itu dan ia akan translate ke bahasa inggeris. App ini membantu apabila anda ke restoran yang tidak mempunyai menu bahasa inggeris dan juga kadang kadang boleh digunakan apabila anda nak memahami notis yang dipamerkan di mana mana sahaja.

3. VisitKorea

Ketika sedang merancang itinerary anda, informasi di aplikasi ini sangat bagus kerana ia sangat lengkap, seperti pilihan subway station mana yang berdekatan untuk setiap lokasi pelancongan, masa operasi mereka dan lain lain lagi. Tak adalah sakit hati jauh jauh berjalan tiba tiba tempat sudah tutup pula kan.

4. Naver Map

Tahukah anda Korea Selatan tidak menggunakan Google Map atas faktor sekuriti negara mereka? Kalau anda sesat di jalanan dan anda buka Google Map anda, mungkin anda akan bertambah sesat lagi.

Di Korea, mereka menggunakan Naver sebagai alternatif kepada Google Map dan mulai akhir tahun 2017 yang lepas, Naver telah mengemaskini aplikasi mereka dengan tulisan roman, ini bermakna pelancong asing dapat menikmati kemudahan aplikasi ini seperti penduduk Korea itu sendiri. Cara pengendaliannya juga lebih kurang sahaja macam Google Map.

Aplikasi lain lain yang mungkin boleh membantu anda ialah;

Google translate – supaya anda tidak perlu bercakap seperti ayam dan itik di sana. Hanya perlu taip dan tekan suara dan tujukan kepada individu yang anda ingin sampaikan.

Wifi Finder Free – Di Seoul, terdapat banyak kemudahan wifi percuma. Hanya perlu cari sahaja menggunakan aplikasi ini.

Percutian anda di Seoul kini semakin mudah dengan aplikasi aplikasi ini. Gunakan smartphone anda sebaiknya, bukan sekadar untuk selfie sahaja.

Kredit: Amirah Farhani Blogspot