Arahan Tulisan Cina Diturunkan Di Bangunan Muar Ditarik Balik

muar
Kredit: Nosurplus

Arahan menghilangkan karekter tulisan Cina daripada papan tanda dan tiang bangunan di bandar Muar oleh Majlis Perbandaran Muar telah ditarik balik.

Para peniaga di Jalan Sisi, Muar berasa lega apabila menerima arahan pembatalan tersebut dalam tempoh 48 jam selepas dikeluarkan.

Untuk pengetahuan anda, tulisan yang berada di bangunan kedai di sini telah lama ada semenjak zaman sebelum perang lagi.

Arahan penarikan semula ini telah dikeluarkan oleh Presiden Majlis Perbandaran Muar, Mustaffa Kamal Shamsudin.

Peniaga tidak bersetuju dengan arahan ini pada mulanya kerana mereka telah mewarisi perniagaan keluarga di sini semenjak dari zaman bapa dan datuk mereka.

Surat arahan menghilangkan karekter tersebut dikeluarkan kerana ianya menyalahi undang-undang pengiklanan di mana mereka yang didapati bersalah boleh menerima hukuman sebanyak RM2,000 atau penjara selama dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

EXCO Negeri Johor, Tan Hong Pin menafikan sebarang unsur perkauman terhadap arahan ini dan menyatakan bahawa pegawai Majlis Perbandaran Muar hanya menjalankan tugas bagi melaksanakan peraturan saiz tulisan untuk papan tanda perniagaan.

Sumber: The Star