Ayam Dan Telur, Mana Satu Wujud Dahulu?

Sumber: Alam Cyber

Sering menjadi isu perdebatan, masih ramai yang keliru mana satu yang wujud dahulu di muka bumi ini. Tidak perlu membuang masa memperdebatkan isu remeh ini, mari kami berikan jawapan antara kedua ini mana satu yang wujud terlebih dahulu.

Stephen Hawking, seorang ahli fizik berpendapat bahawa telur wujud terlebih dahulu daripada ayam. Dan pendapat ini telah dibuktikan salah. Nak tahu kenapa?

1. Pada musim panas 2010, pengkaji Inggeris dari Universiti Sheffield dan Warwick telah meretakkan telur ayam dan menemukan protein ovocledidin-17 (OC-17) yang diperlukan bagi membentuk cengkerang ada pada ovari ayam. Tanpa protein tersebut, cengkerang ayam tidak boleh dihasilkan.

Telur hanya boleh diproses dalam tubuh ayam di kawasan ovarinya. Protein OC-17 ini berfungsi sebagai enzim yang mempercepatkan lagi pembentukan cengkerang. Dalam tempoh masa 24 jam, sebiji telur boleh siap untuk dikeluarkan dari ovari mereka.

Dengan penggunaan komputer canggih HECToR di Edinburg, Scotland kumpulan pengkaji ini mendapati protein tersebut boleh mengubah kandungan kalsium karbonat menjadi kristal keras sebagai bahan pembuat cengkerang.

Ayam dan Telur
Sumber: Tech Semut

2. Jika menurut Islam, setiap haiwan diciptakan secara berpasangan. Ini boleh dilihat dalam makna surah Yasin (36: 36);

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, atau pun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.”

dan diperkuatkan lagi hujah dalam surah Al-An’aam (6: 143);

“(Binatang ternak itu) delapan ekor – (empat) pasangan; dari kambing biri-biri dua ekor (sepasang jantan betina), dan dari kambing biasa dua ekor (sepasang jantan betina). Tanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): “Adakah yang diharamkan Allah itu, dua jantannya atau dua betinanya, atau yang dikandung oleh rahim dua betinanya? Terangkanlah kepadaku dengan berdasarkan ilmu pengetahuan (Syarak dari Allah yang menjadi dalil tentang haramnya), jika betul kamu orang-orang yang benar.”

Ayam dan Telur
Sumber: IDN Times

Dengan adanya dua hujah di atas ini jelaslah antara ayam dan telur, ayamlah yang wujud terlebih dahulu. Selepas ini, tidak perlulah buang masa berdebat isu-isu ini. Kita cari isu lain pula untuk diperdebatkan.

Sumber tafsir Al-Quran: Surah.My

Artis-artis Malaysia memang selalulah ke sini.

7 Penginapan Yang Sering Dikunjungi Di Bali

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

7 Penginapan Yang Sering Dikunjungi Di Bali

Artis kita kan sikit-sikit suka ke Bali. Mari tengok sikit hotel mana yang best.

Posted by MakanLena on Wednesday, January 30, 2019