‘Backpackers’ Ambil Kesempatan Menjaja Tanpa Permit Di Bandar Hilir

backpackers menjaja
Sumber: FB Jonker Street Melaka

Jika sebelum ini segelintir pelancong asing terutama mereka yang datang dari negara Barat melakukan aktiviti merayu sumbangan di negara-negara Asia termasuk Malaysia demi menampung kos perjalanan, kini mereka melakukan aktiviti lain pula.

Baru-baru ini, sekumpulan dipercayai pelancong asing didapati menjalankan aktiviti perniagaan tanpa permit di siar kaki Jonker Street, Bandar Hilir. Mereka duduk di siar kaki berhadapan sebuah premis kafe dengan menjual hasil kraf tangan.

Kumpulan pelancong itu dipercayai terpaksa menjalankan aktiviti perniagaan akibat masalah kewangan atau mengambil kesempatan atas sikap pemurah orang awam, termasuk penduduk dan pelancong tempatan di negeri ini.

Pastilah keadaan itu mengundang rasa kurang senang masyarakat tempatan yang mendakwa aktiviti itu sebagai mengganggu pemandangan kawasan tumpuan ramai berkenaan.

Mereka juga didakwa bertindak agresif apabila ditegur rakyat tempatan agar berpakaian sopan ketika Ramadan, malah ada dikatakan mengugut membuang telefon pintarnya ke sungai jika terus merakam perbuatan mereka.

backpackers menjaja
Sumber: FB Jonker Street Melaka

Mujur pihak berkuasa sudah pun mengarahkan semua pelancong asing terbabit menghentikan aktiviti dan beredar dari lokasi tersebut. Difahamkan, kumpulan itu datang ke Malaysia menggunakan visa pelancong, namun telah menyalahi undang-undang negara ini apabila didapati menjalankan perniagaan.

Melihat isu ini, pelancong yang bergelar backpackers masih tidak serik atau tidak faham polisi negara luar walaupun sudah diberitahu tentang syarat-syarat sebagai pemegang visa pelancong.

Tidak salah untuk mereka mencari rezeki di negara asing, namun perlulah melalui saluran yang betul. Pelancong Malaysia jangan pula melakukan perbuatan sedemikian, kita ke luar negara bukan membawa diri sahaja tetapi membawa nama negara juga.

Sumber: Sinar Harian

 

Buka puasa nasi lemak rare ini pun menarik juga.

6 Menu Nasi Lemak Unik Di Malaysia

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.