Bahan Sama 3 Jenis Resipi Ayam, Mudah Untuk Yang Baru Nak Belajar Masak

Kalau anda baru nak belajar masak, baru nak belajar masuk dapur, ada beberapa menu lauk ayam yang senang untuk anda cuba. Tak susah pun. campak-campak sahaja sudah siap.

Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:
*4 bahagian pilihan anda (peha/ kepak/ dada)
*1 1/2 biji bawang besar (dikisar)
*Satu inci halia (ditumbuk halus)
*Tiga sudu cili kisar
*Sedikit gula/ garam/ kunyit

Cara penyediaan:

1. Goreng ayam yang sudah digaulkan dengan kunyit dan garam. Jangan terlalu garing dan angkat.

2. Tumis bawang besar yang sudah dikisar, halia hingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili masak (naik bau dan bertukar warna).

3. Masukkan ayam yang sudah digoreng dan perasakan dengan gula. Jangan terlalu banyak. Gula hanya bertujuan untuk kurangkan rasa pedih dan pedas cili.

4. Biarkan sekejap sebelum ayam diangkat untuk dihidangkan.

Resepi Ayam
Sumber: Apa Rasa

Ayam Masak Kicap

**Gunakan bahan dan cara yang sama seperti cara penyediaan ayam masak merah. Cumanya tambah kicap sebelum dihidangkan. Jangan masak kicap terlalu lama, nanati rasa kicap hilang.

Resepi Ayam
Sumber: Laman Resepi

Ayam Masak Lada

**Gunakan bahan yang sama seperti bahan-bahan ayam masak merah, cuma gantikan cili kisar dengan 10 biji cili hijau dan dua biji cili merah.

**Kisar cili bersama bawang, jangan letak air terlalu banyak. Tumis campuran kisaran tadi sehingga naik bau dan masukkan ayam yang sudah digoreng.

Resepi Ayam
Sumber: Hana Kitchen

Mudah bukan? Bahan yang sama digunakan untuk masak tiga jenis menu. Sesuai untuk anda yang baru nak belajar masak. Campak-campak dah siap.

Tip 1: Untuk ayam yang lembut, jangan goreng terlalu lama.

Tip 2: Kalau masak untuk kisar, anda boleh sahaja ricih halus bawang. Cumanya anda tidak akan dapat kuah sahaja.

Tip 3: Kalau nak letakkan kentang, goreng kentang terlebih dahulu dan masukkan sekali dengan ayam.

Tak perlu lagi meleleh air liur tengok rancangan makan Korea. Dekat Malaysia pun dah ada lah.

SeoulNami Korean BBQ, The Gardens Mall – #CubaRasa MakanLena

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.