Belanda Habiskan 60 Juta Euro Bina Pulau Tiruan

Pulau Tiruan

Sebuah tasik air tawar terbesar di Eropah iaitu Markermeer mengalami krisis kepupusan habitat hidupannya. Kawasan seluas 700 kilometer persegi ini dahulunya penuh dengan hidupan akuatik kini ‘kosong’ tanpa sebarang habitat.

Oleh itu, Natuurmonumenteen (organisasi bukan kerajaan Belanda) telah mengambil inisiatif bagi membina satu kepulauan tiruan yang akan membawa alam semulajadi melalui campur tangan projek kejuruteraan berjumlah 60 juta Euro.

Pernah menjadi sebahagian daripada keajaiban Zuiderzee, Tasik Markermeer yang siap pada tahun 1932 telah menutup satu kawasan air bagi menghalang Laut Utara dan masalah banjir.

Penting untuk peningkatan biodiversiti, pencarian penyelesaian telah dilakukan bagi mengatasi kelemahan ini. Pembinaan semula beberapa pulau tiruan telah mencalarkan ego rakyat Belanda yang sering menggunakan frasa, “God created the world, but the Dutch created the Netherlands”.

Pulau Tiruan

Pembinaan yang mengambil masa lebih kurang 2 tahun untuk siap ini telah menjadi kawasan istirehat lebih daripada 30,000 orang pada tahun 2018 dengan menggunakan teknik inovatif. Mempunyai 127 jenis tumbuhan yang mejoritinya disebarkan melalui angin, di dalam kawasan air tasik terdapat banyak plankton yang menjanjikan sumber makanan kepada burung.

Merupakan negara yang paling lemah jika berdepan dengan perubahan iklim dunia, beberapa bukit pasir telah dibina selain daripada penanaman semula tumbuhan dalam kawasan seluas 700 hektar di dalam Tasik Markeermeer bagi menyeimbangkan kembali biodiversiti di tasik air tawar Belanda ini.

Dibuka kepada orang ramai, 3 buah rumah bagi aktiviti pemerhatian burung kayu (wooden bird), sebuah rumah untuk penjaga pulau dan jalan kaki sepanjang 12 kilometer telah dibina bagi memudahkan lagi perjalanan pelancong yang datang ke sini.

Sumber: New Straits Times