Beli Petrol Petron Guna WeChat Pay

Petron Guna WeChat Pay
Sumber: Zing Gadget

Selepas jalinan bersama Starbuck, WeChat Pay kini kembali lagi dengan menjalankan kerjasama dengan syarikat minyak Petron. Semakin melebarkan sayap dalam perkhidmatan e-dompet, perkhidmatan transaksi tanpa tunai ini semakin menempa nama di Malaysia.

BACA: Beli Starbucks Dengan WeChat Pay

Hampir 200 buah stesen minyak Petron terlibat dalam jalinan antara WeChat Pay dan Petron yang menawarkan transaksi e-dompet ini. Pengenalan kemudahan terbaru ini lebih selamat untuk digunakan jika dibandingkan dengan transaksi yang memerlukan tunai dan kad ketika proses pembayaran.

Petron Guna WeChat Pay
Sumber: Paul Tan

Dengan menyasarkan 90% daripada 600 buah stesen Petron yang akan menawarkan kemudahan ini, Petron menjadi stesen minyak pertama yang melaksanakan dan menawarkan pembayaran petrol dengan menggunakan aplikasi WeChat Pay ini. Selain daripada jaminan keselamatan, kerjasama antara kedua syarikat ini turut memberikan tawaran fleksibiliti, akses dan pilihan yang lebih baik kepada pelanggan.

BACA: ‘Setel’ Beli Petrol Guna Telefon Pintar

Namun, tiada satu pun pernyataan daripada pihak ini berkaitan dengan aspek keselamatan barangan elektronik di stesen minyak. Masih lagi persoalan yang sama, ‘dimanakah tahap keselamatan penggunaan telefon pintar semasa berada di dalam kawasan stesen minyak’?

Sumber: Berita Harian Online