Benarkah Pengamal Vegan Berpeluang Hidup Lebih Lama?

Sumber: Plant Based News

Sohor kini, anda pasti perasan kemunculan golongan pengamal diet vegan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Fanatiknya pengamal vegan ini dengan diet yang diamalkan sehingga menyebabkan mereka melakukan sesuatu di luar batasan dan dianggap sangat tidak rasional.

BACA: Kumpulan Ekstremis Vegan Australia Panggang Anjing Di Jalanan

Perilaku setengah daripada golongan ini yang dikira sebagai ekstrem sehinggakan ada diantara mereka mengeluarkan kenyataan bahawa kononnya dengan mengamalkan diet vegan, seorang individu ini mampu hidup dengan lebih lama jika dibandingkan dengan pemakan daging.

Vegan Hidup Lebih Lama
Sumber: Medscape

Namun, sejauh mana kebenaran ‘fakta’ ini dapat dibuktikan?

Kajian pada tahun 2013 yang disertai oleh lebih 95,000 lelaki dan wanita Amerika Syarikat dari tahun 2002 hingga 2009 mendapati bahawa golongan vegan cuma memiliki 12% risiko kematian lebih rendah jika dibandingkan dengan bukan vegan.

Membuka ruang lebih banyak penemuan, kajian turut dijalankan di Australia yang mana merupakan antara negara terbesar memiliki golongan pemakan daging. Kajian bertumpu kepada penuaan secara sihat di hemisfera selatan.

Disertai lebih 260,00 lelaki dan wanita New South Wales berumur 45 tahun ke atas, kajian ini mendapati bahawa dalam tempoh susulan enam tahun seramai 16,836 peserta meninggal dunia. Menjalankan kajian ini sambil mengawal beberapa faktor lain, tiada perbezaan spesifik yang dapat ditemui bahawa pengamal vegan mempunyai risiko kematian yang rendah.

BACA: Aktivis Vegan Bentuk Benteng Halang Orang Ramai Beli Ayam Belanda Demi Krismas

Pada awalnya, memang pengamal vegan didapati mempunyai risiko rendah kematian awal, namun kesemua itu adalah disebabkan analisis yang tidak sesuai. Selepas pengawalan faktor gaya hidup yang lain, risiko kematian bagi pengamal vegan mahu pun pemakan daging dapat dikurangkan.

Vegan Hidup Lebih Lama
Sumber: Vegeterian Times

Antara gaya hidup sihat yang perlu diamalkan:

1. Tidak merokok.
2. Pengekalan berat badan yang sihat.
3. Bersenam secara teratur.
4. Makan banyak buah-buahan dan sayuran.

Jadi, benar atau tidak mengamalkan diet vegan boleh mengurangkan risiko kematian awal?

Tiada bukti yang kukuh bahawa dengan mengamalkan diet vegan seseorang boleh hidup lebih lama. Namun, dengan pengamalannya individu boleh meningkatkan tahap kesihatan mereka seperti pengurangan risiko tekanan darah tinggi, diabetes dan obesiti.

Kesimpulannya, amalkanlah diet yang seimbang.

Dan jangan terlalu ekstrem sehingga menyusahkan masyarakat.

Sumber: World Economic Forum

Peminat anime kalau ke Jepun tapi tak singgah lokasi di bawah ini memang rugi besarlah.

7 Tempat Wajib Singgah Oleh Peminat Anime Di Jepun

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

7 Tempat Wajib Singgah Oleh Peminat Anime Di Jepun

Minat Anime, tapi pergi Jepun makan sushi dengan mee udon saja? Apa barang? Nah pergi sini.

Posted by MakanLena on Friday, February 8, 2019