Berlapar Dua Hari, 5 Orang Anak Jadi Mangsa Bapa Amal Poligami

Sudah banyak kes poligami yang berlaku di negara kita. Menggunakan alasan ianya amalan sunnah nabi, ramai golongan lelaki seakan tidak sedar di sebalik poligami itu terdapatnya tanggungjawab besar yang perlu mereka pikul.

Poligami tanpa ilmu boleh menyebabkan berlakunya penganiayaan kepada anak-anak dan isteri tanpa sedar. Ini yang berlaku baru-baru ini apabila seorang pengguna Faebook berkongsi mengenai anak muridnya yang sudah dua hari berlapar gara-gara ibunya tidak mempunyai duit.

Beliau yang dikenali sebagai Teacher Lin berkongsi bahawa tiga daripada anak muridnya itu melalui kesempitan hidup bersama dua orang lagi adik mereka dan ibunya yang sarat mengandung.

Diabaikan bapa setelah berkahwin satu lagi, anak muridnya itu sudah berlapar selama dua hari; makan pun kawan yang belanja. Bila ditanya apa yang mereka makan pada hari semalam, jawapan yang guru ini terima ialah:

“Ayah tak balik. Ummi tiada duit. Semalam pun tak makan. Tak ada apa nak makan. Malam tadi makan maggi. Tengah hari semalam ada orang beri kari ikan.”

Murid Tidak Makan

Bila ditanya lapar atau tidak, anak murid beliau menjawab dengan tenang,

“Lapar. Tapi tahan sajalah.”

Melawat kawasan rumah anak murid malang tersebut, beliau terasa sebak kerana melihat betapa daifnya kediaman mereka; penuh lubang dan kelihatan usang. Kesihatan ibu anak murid tersebut yang sarat mengandung juga disahkan mengalami masalah kekurangan air ketumban.

Beliau bersama beberapa guru lain juga datang membantu, namun pertolongan mereka yang terbatas menyebabkan Teacher Lin berkongsi di laman Facebooknya untuk mereka yang ingin membantu keluarga kecil ini.

Runtun hati bila dengar kesusahan 3 beradik ni… so tengah hari tadi.. dlm jam 1.00.. Tice Lin lari kejap ke kedai d…

Posted by Norazlin Abd Aziz on Wednesday, January 16, 2019

Buat anda yang ingin membantu, bolehlah melalui talian WhatsApp Teacher Lin. Apa salahnya jika kongsikan sedikit rezeki kita pada yang lebih memerlukan.

Sumber: Facebook Norazlin Abd Aziz

Bukan semua makanan boleh dipanaskan semula tau. Nak tahu apa makanan apa yang akan jadi racun kalau anda panaskan semula? Lihat paparan video di bawah.

6 Masakan Menjadi Racun Apabila Dipanaskan Semula

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

6 Masakan Menjadi Racun Apabila Dipanaskan Semula

Tak boleh rupanya. Ada yang selalu anda buat?

Posted by MakanLena on Friday, January 11, 2019