Berniaga Sambil Beramal, Semua Hidangan RM1.50 Sahaja Di Gerai Ini

Gerai RM1.50 Setiawan

Dengan kos sara hidup semakin meningkat, bukan mudah untuk menjual makanan dengan harga yang murah ketika ini. Namun peniaga di Kampung Sungai Limau, Lekir di Setiawan masih mampu untuk menjual semua hidangan dengan harga RM1.50 sahaja.

Gerai milik dua beradik, Halimah As Saadiah dan Rabiah Assyamiah pada awalnya menjual menu RM1.50 hanya untuk nasi lemak sahaja, manakala makanan lain pula dijual dengan harga RM3.

Bagaimanapun, ayah mereka menyarankan untuk menyelaraskan semua menu pada harga RM1.50 sahaja. Sudah membuka gerai berkenaan sejak setahun lalu, dua beradik ini menjual lebih 10 menu seperti nasi lemak, laksa, mi, mihun serta kuetiau dengan kualiti setanding restoran biasa.

Gerai RM1.50 Setiawan
Sumber: FB

Tidak mahu berkira dengan pelanggan serta berpegang kepada pendirian setiap perniagaan pasti ada keuntungan membuatkan dua beradik nekad memperkenalkan menu serendah RM1.50 yang mana tidak ramai peniaga mampu melakukannya di zaman serba mahal ini.

Di gerai ini juga turut menjual tiga jenis roti canai iaitu roti biasa, telur dan boom selain menu istimewa lempeng pisang gabungan pisang nangka serta mas pada harga sama. Hidangan roti canai untuk RM1.50 adalah dua keping dan lempeng pisang pula hanya dijual pada hujung minggu sahaja.

Gerai RM1.50 Setiawan
Sumber: FB

Jika anda ke Setiawan atau berdekatan dengan daerah ini bolehlah singgah di sini. Beroperasi pada jam 7 pagi hingga 7 malam setiap hari kecuali Rabu.

Maps ke sini: Gerai RM1.50 Manjung

Sumber: BH