Bingsu Murah Dan Sedap Di Bai Krapraw, Gombak

bingsu bai krapraw gombak
Sumber: Twitter

Lambakan restoran masakan panas dan tomyam menjadikan terlalu banyak persaingan bagi pengusaha premis makanan tersebut. Namun tidak menjadi halangan kepada pemilik kedai masakan panas ini, Bai Krapraw apabila tidak henti-henti menerima pelanggan bukan sahaja untuk menikmati masakan panas yang disediakan tetapi kerana menu menariknya iaitu bingsu.

bingsu bai krapraw gombak
Sumber: Forsquare

Bingsu mula mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia apabila pencuci mulut yang berasal daripada Korea itu mula diperkenalkan di Malaysia. Rupa dan sifatnya seakan sama seperti ais batu campur (ABC) kita di Malaysia tetapi yang menjadikannya sedikit berbeza dan menarik ialah bingsu menggunakan ais susu yang dikisar.

bingsu bai krapraw gombak
Twitter

Bai Krapraw menjadi tarikan kerana menghidangkan pelbagai menu yang menarik pada harga yang sangat berbaloi. Antara menu masakan Thailand yang popular di sini termasuk pulut ayam, tomyam, pad thai dan pelbagai jenis kerabu. Memang puas hatilah jika makan masakan Thai di sini!

Tetapi memang tidak boleh lawanlah dengan pencuci mulut mereka. Antara menu bingsu yang disediakan di sini seperti bingsu mangga, ais krim mangga, ais krim nanas, bingsu kelapa muda, bingsu ABC, bingsu kopi/coklat, bingsu durian, dan banyak lagi dengan semuanya berharga bawah RM10. Mana nak dapat bingsu murah, saiz hidangan tidak kedekut untuk seorang makan dan sedap ni kan?

Menu istimewa seperti ais krim kelapa dihidangkan dalam buah kelapa bersama roti dan pulut hijau. Katanya ais krim kelapa di sini lagi sedap daripada sangkaya. Nak tahu betul ke tidak, kenalah pergi mencuba.

bingsu bai krapraw gombak
Sumber: Ini Cerita Sendiri

Waktu Operasi: Setiap hari (1 tengah hari-2 pagi)
Alamat: 155, Jalan Gombak, Kampung Sungai Chinchin, 53000 Kuala Lumpur

Jom tonton

Destinasi dunia dikunjungi Neelofa sepanjang 2018 ini

dan jangan lupa subsribe Youtube MakanLena