Buang ‘Blackhead’ Dengan 5 Bahan Dapur Mudah Dapat

Sumber: Natural Skin

Masalah blackhead memang selalu berlaku terutamanya kepada mereka yang mempunyai kulit muka berminyak. Ini akan menyebabkan masalah pada liang pori dan hasilnya muka akan jadi seperti berlubang dan berbintik hitam.

Kalau nampak, memang tangan tu geram aja kan nak kutil. Tapi jangan ikutkan rasa geram tu, nanti muka bertambah rosak. Apa kata anda cuba beberapa tip dan petua bagi membuang masalah blackhead yang ada.

1. Ais

Balutkan kiub ais dengan kain dan letak pada kawasan blackhead selama 30 saat. Berfungsi sebagai peningkat simulasi aliran darah, ais mampu menjadikan kulit anda lebih sihat.

Buang Blackhead
Sumber: Pesona Pengantin

2. Cuka Epal

Boleh menegangkan kulit muka, campurkan sedikit cuka epal ke dalam larutan air. Kemudian celup kapas dan sapu pada kulit muka. Biarkan sapuan cuka epal pada kulit kering dan bilas muka anda. Kalau nak lagi berkesan, lakukan pada waktu malam selepas mencuci muka.

3. Jus lemon

Letak satu sudu madu dalam jus lemon dan sapukan selama 15 minit di muka sebelum bilas. Jika lakukan setiap hari, bukan sahaja masalah blackhead hilang, kulit pun akan jadi lebih cerah!

4. Air + tepung + madu

Campurkan 1 sudu teh air panas dalam campuran 1 sudu besar tepung dan setengah sudu teh madu. Jadikan sebagai mask muka dan tunggu sehingga kering sebelum tanggalkan dari muka.

5. Putih telur

Ambil putih telur sahaja dan layurkan tisu dalam larutan putih telur tadi. Kemudian letak di kawasan muka dan tunggu sehingga kering. Sementara nak tunggu kering tu, anda kena tahan sikitlah dengan bau busuk telur tu. Bila dah kering, cabut tisu dengan perlahan dan anda akan dapat lihat blackhead yang melekat pada tisu tersebut.

Buang Blackhead
Sumber: Bangka

Tak susah pun kan nak buang blackhead ni. Cuma kena rajin sahaja. Jangan biarkan blackhead anda menjadi lebih teruk. Rawat sebelum terlambat.

Kalau dah cuba bolehlah bisik-bisik pada kawan, antara cara di atas mana yang paling berkesan. Boleh juga anda cuba bereksperimen campur bahan-bahan di atas untuk dapatkan hasil yang terbaik.

Memang sini port paling best kalau teringin nak makan nasi beriani kambing.

Nasi Arab @Al Rawsha

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

Nasi Arab @Al Rawsha

Jadi orang arab ni seronok dia tang makanlah… jemput tengok.

Posted by MakanLena on Wednesday, January 30, 2019