Buang Sampah Merata Di Semporna, Denda RM500 Atau Jadi ‘Monyet’ Kutip Sampah

denda buang sampah di Semporna
Sumber: World of Buzz

Semporna terkenal sebagai syurga para penyelam kerana memiliki keindahan kepelbagaian kehidupan laut dan airnya yang membiru. Tetapi sayangnya sebagai kawasan tumpuan pelancongan, terdapat banyak sampah di merata-rata tempat terutama di kawasan pekan.

denda buang sampah di Semporna
Sumber: Sabah Kini

Disebabkan hal itu, pihak berkuasa Sabah telah mengambil langkah untuk memulihkan imej Semporna. Pihak berkuasa tempatan telah memulakan inisiatif baharu bermula 1 Januari 2019 yang mana sesiapa yang dilihat membuang sampah di merata tempat diberikan pilihan sama ada mahu dikenakan denda sebanyak RM500 atau melakukan khidmat masyarakat mengutip sampah selama satu jam.

denda buang sampah di Semporna
Sumber: FB Pakej Budak Merah

Namun, bukan begitu senang melakukan kerja mengutip sampah ini kerana mereka yang didenda mengutip sampah akan memakai vest istimewa dengan ditampal perkataan ‘monyet’ dibelakang vest. Ini juga sejajar dengan tema anti-sampah yang dibuat oleh pihak berkuasa Semporna yang menyatakan hanya monyet sahaja membuang sampah di merata tempat.

Tidak kiralah sama ada rakyat tempatan atau warga asing, mereka yang melakukan kesalahan tersebut akan tetap dikenakan denda.

Sejak kempen kebersihan dan kesedaran itu dilancarkan, ia memberi kesan positif dalam kalangan penduduk yang kini lebih sedar untuk memastikan sampah dibuang di kawasan yang ditetapkan.

Jadi, ingatlah hanya monyet sahaja yang membuang sampah di merata tempat. Jika tidak mahu digelar sebagai monyet, pastikan buang sampah di tempat yang betul.

Sumber: The Star

 

 

Teringin melancong ke Cordoba? Tonton

7 lokasi pelancongan menarik di Cordoba

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.