Buat Kuih Raya Guna Marjerin Yang Mana Satu?

marjerin kuih raya
Sumber: Bloomberg

Ketika ini ramai sudah mula menunjukkan sampel kuih raya dan beberapa kedai sudah ada yang menjual pelbagai jenis kuih raya memandangkan bulan Ramadan semakin hampir dan seterusnya menyambut bulan Syawal bagi meraikan kemenangan untuk umat Islam.

Pasti ada yang akan membuat kuih raya sendiri bukan? Rata-rata produk pilihan ramai untuk membuat kuih raya ialah jenama Buttercup. Tapi tahukah anda, pembungkus Buttercup yang berlainan itu untuk kegunaan yang berbeza?

Menurut hantaran Ida Sumie di Facebook, info yang beliau dapat daripada salah seorang kakitangan Bake With Yen cawangan Kota Damansara yang mana diberitahu dari pihak Buttercup sendiri.

marjerin kuih raya
Sumber: FB

BUTTERCUP KETUL (Bar)
– Sesuai untuk sapuan roti.
– Sesuai untuk biskut.
– Tidak sesuai untuk kek, sebab kek akan jadi kering, berderai bila dipotong.

BUTTERCUP TONG
– Sesuai untuk kek
– Sesuai untuk biskut

BUTTERCUP TIN
– Sesuai untuk kek
– Sesuai untuk masakan
– Tak sesuai untuk biskut, sebab ia masin

Ringkasannya:
Kek – tin/tong
Biskut – bar/tong
Masakan – tin

Jadi, katalah nak raya ni, kita nak guna marjerin Buttercup untuk buat kek dan biskut, tak guna sangat untuk masak-memasak, maka kita belilah yang jenis dalam tong tu je.

Nota tambahan: Jika dilihat secara sekali imbas, mentega dan marjerin kelihatan tiada beza. Namun, kegunaan bagi kedua-dua bahan ini berlainan. Jadi, jika dalam sesuatu resipi menggunakan mentega, tidak digalakkan menggantikannya dengan marjerin dan begitulah sebaliknya kerana hasilnya akan berbeza.

Semoga bermanfaat!