Bukan Khabar Angin, Arab Saudi Larang Jemaah Berswafoto Di Masjidil Haram

Larangan Swafoto Di Masjidil Haram Benar

Pada era media sosial ini, menjadi lumrah segelintir netizen berkongsikan pengalaman berharga apabila mengerjakan umrah dan haji mengunjungi tanah suci kota Mekah dan Madinah.

Pastinya jemaah tidak akan melepaskan peluang dengan merakam setiap detik berada di Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah. Bagaimanapun, pada tahun 2017, kerajaan Arab Saudi memaklumkan larangan berswafoto di kedua-dua masjid itu ketika menunaikan rukun Islam yang kelima.

Pihak berkuasa Arab Saudi mengambil langkah ini selepas sekeping gambar dirakamkan oleh seorang individu Yahudi di hadapan kaabah dan menularkan gambar tersebut di media sosial dan mencetuskan kekecohan.

Perbuatan lelaki Yahudi itu tidak disenangi komuniti Muslim dan pihak kerajaan Arab Saudi dipersoal tentang pencerobohannya ke dalam masjid.

Selain itu, ia bagi memastikan ketenteraman beribadat, mengelakkan sebarang tindakan yang mencetuskan gangguan serta demi memelihara kesucian dua masjid suci tersebut.

Meskipun begitu, sejauh manakah larangan itu dikuatkuasakan agak samar memandangkan ada sahaja kita lihat mereka yang menunaikan umrah berswafoto terutama ketika melakukan tawaf.

Larangan Swafoto Di Masjidil Haram Benar

Seorang pengguna Facebook, Masnira Ramli mendedahkan bahawa larangan itu benar ketika beliau berada di sana untuk menunaikan umrah.

Kata Masnira, sedang suaminya melakukan tawaf di bahagian atas Masjidil Haram, kelihatan polis di sana menegur/ melarang dengan tegas kepada mereka yang berswafoto dan mengambil gambar secara berkumpulan.

Di Madinah juga turut dilaporkan tidak membenarkan mengambil gambar atau video di kawasan solat wanita.

Berita tentang kerajaan saudi tidak membenarkan selfie di dalam masjid dan juga mengambil video ketika tawaf adalah…

Posted by Masnira Ramli on Wednesday, February 19, 2020

Bagi rakyat Malaysia yang akan menunaikan umrah dan haji, pastikan mengikut segala undang-undang yang telah ditetapkan di sana.