Bukan Semua Produk Makanan Tertera Kod E Ada Ramuan Haram

kod E bukan haram
Sumber: Libur

Sering kita lihat penularan produk makanan tertera kod E dikatakan mengandungi ramuan haram yang dikaitkan dengan bahan bersumberkan babi.

Menurut Jabatan Kemajua Islam Malaysia (JAKIM), tidak semua produk makanan yang tertera kod E adalah daripada ramuan haram. Kod E tersebut diguna pakai bagi menerangkan mengenai bahan tambah (aditif) dalam sesuatu produk makanan.

Kod E diguna pada label makanan oleh negara Kesatuan Eropah yang merujuk kepada bahan aditif yang dibenarkan dan lazimnya dikaitkan mengandungi bahan bersumberkan babi atau khinzir.

JAKIM mempunyai garis panduan yang perlu dipatuhi untuk mengeluarkan pensijilan halal kod-kod makanan. Justeru, pengguna khususnya umat Islam tidak perlu bimbang dan menyebarkan perkara yang tidak benar dimana-mana media sosial.

kod E bukan haram
Sumber: GISB Holdings

Jadi, sekiranya sesuatu produk merupakan produk tempatan dan mendapat sijil Pengesahan Halal Malaysia, maka ia boleh digunakan tanpa was-was sekalipun tertera kod E. Bagaimanapun, jika produk tersebut bukan produk tempatan serta tidak mendapat sijil pengesahan halal Malaysia walaupun menggunakan kod E yang sama, pengguna dinasihatkan agar berhati-hati dalam memilih produk tersebut.

Jika terlihat penyebaran sesuatu makanan tidak halal, semak dahulu kesahihannya di portal rasmi halal Malaysia sebelum menghukum. Pengguna harus bijak membuat penilaian sama ada sesuatu produk yang disebarkan itu sebenarnya halal atau tidak.

Sumber: Utusan

 

 

Destinasi terbaik fun and chill dengan kawan.

MakanLena: Tadom Hills, Banting

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.