Cabaran Baharu ‘Ghost Pepper Mamee Monster’, Berani Cuba?

Ghost Pepper Mamee Monster
Sumber: FB Zi Jian

Selain minuman boba yang menjadi trending di Malaysia untuk tahun 2019, makanan pedas berdesing juga tidak ketinggalan.

Penangan mi kering hitam Daebak ‘Ghost Pepper’ pada awal tahun agak luar biasa apabila bukan sahaja rakyat Malaysia yang mencuba cabaran itu, malah influencer, youtuber di luar negara juga tidak ketinggalan untuk mencuba kepedasan mi kering itu.

Kali ini, Mamee mengeluarkan item baharu ghost pepper tetapi pada snek nostalgia Mamee Monster. Agak-agak sama pedas seperti mi kering hitam Daebak ‘Ghost Pepper’ itu tak?

Bungkusannya pada kali ini berbeza dengan makanan pedas lain; biasanya untuk menunjukkan makanan pedas, kebanyakannya bungkusan berwarna merah. Snek Mamee Monster ini datang dengan bungkusan berwarna biru dan hitam.

Bungkusannya juga menunjukkan amaran “eat at your own risk!” beserta “mungkin tidak disarankan untuk kanak-kanak”. Fuh, nampak macam bukan calan-calang pedas ni!

Mi keringnya juga hitam sama seperti mi Deabak sebelum ini.

Ghost Pepper Mamee Monster
Sumber: IG

Mana nak cari?

Biasanya snek Mamee Monster hadir dengan sepaket bungkusan besar, jangan anda ingat bungkusannya berwarna biru hitam tetapi seperti ini:

Ghost Pepper Mamee Monster
Sumber: FB Zi Jian

Setakat ini, netizen telah menjumpai snek ini di pasar raya Aeon Big, mungkin ada di mana-mana pasar raya besar berdekatan anda.

Anda yang kaki makanan pedas, kena cuba snek ‘Ghost Pepper Mamee Monster’ ini.